'Spiderman' Panjat Kondominium Hingga Tingkat 19 Ada 18 Rekod Jenayah

 


kondominium Aliff Residence, Tampoi, gemparkan penduduk.

Lelaki itu memanjat bangunan berkenaan dari satu tingkat ke

tingkat lain dipercayai untuk melakukan kegiatan jenayah.

Kejadian berkenaan dirakam penduduk menerusi satu video

berdurasi 53 saat yang tular dalam media sosial. Rakaman itu

memaparkan lelaki tersebut dilihat memanjat naik ke luar

bangunan dari tingkat 14 hingga ke tingkat 18 sebelum turun

semula ke tingkat 14.

Seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata,

lelaki itu cuba memasuki rumahnya dan mengugut akan

mencederakan kalau tidak membuka 'sliding door' beranda

rumahnya.

"Kebetulan 'sliding door' rumah saya rosak, saya dan anak

cuba menutupnya dari dalam manakala pencuri berkenaan

cuba membuka dan mengugut beliau ada pistol.

"Manalah kita jangka pencuri boleh naik hingga ke tingkat

tinggi dari beranda ke beranda bangunan kondominium

seperti ini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan

Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Nordatul

Badrol Abd. Rahman berkata, suspek ditahan penduduk

setempat ketika berada di beranda tingkat 19.

"Seramai 14 anggota yang tiba ke lokasi kejadian mendapati

suspek telah ditahan orang awam ketika dipercayai cuba

untuk memecah masuk salah sebuah rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner

Rupiah Abd. Wahid berkata, suspek berusia 27 tahun itu juga

didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Suspek

disahkan sebagai orang dikehendaki polis dengan memiliki

18 rekod jenayah lampau.

Katanya, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam

seorang lelaki ditahan selepas didakwa melakukan

pencerobohan rumah kediaman bertingkat pada pukul 5.40

petang, semalam.

petang sebelum individu berkenaan ditahan kira-kira setengah

jam kemudian. Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun

Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Aksi seorang lelaki yang dirakam sedang memanjat bangunan sebuah kondominium untuk

melakukan jenayah sebelum berjaya diberkas di Kondominium Aliff Residence, Tampoi, Johor

Bahru.

Catat Ulasan

0 Ulasan