Dlm keadaan PKP skrg ni, aku xmampu nk tggung kedua2 isteri aku. Aku nk cerraikn istri pertama sbb dia saakit

 


Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran

dari kisah ini. Assalam min. Hide profile aku ye. Macam ini kisahnya.

Aku seorang suami yang berkahwin 2. Isteri pertama aku tua 3 tahun

dari aku sekarang dia 40 aku 36. Aku dah berkahwin dengan dia selama

10 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat sebab isteri aku ada

penyaakit yang menyebabkan dia tak boleh mengandung.

Jadi sekarang dia memang sentiasa dalam keadaan kena pakai tuala

wanita atau erti kata lain dah hampir 4 tahun aku tidak dapat

sentuhnya sebab sentiasa dalam keadaan tidak suci disebabkan drah

yang keluar dari penyaakit dia tu memang dah lama aku pun tak reti

nan explain macam mana

Jadi pada tahun ke 5 perkahwinan aku telah berkahwin lagi satu atas

kebenaran isteri pertama aku. Alhamdulillah 2 bulan selepas aku

berkahwin lagi, isteri kedua telah disahkan mengandung dan selama 5

tahun ni kami dah ada sepasang anak.

Jadi persoalan nya sekarang aku tak mampu nak tanggung 2, 2 bini aku

ni dalam keadaan PKP sekarang ni. Dengan anak yg semakin membesar

ekonomi rumah tangga aku dah mula tak stabil tak tahu mana silapnya

Hubungan aku dengan isteri yang kedua ni memang ok ada anak dia

pun kerja bisnes sendiri kadang2 aku bnyk mintak tolong dia topap kan

mana yang tak cukup.

Contoh tengah bulan susu anak habis aku tengah kering dia yang beli

kan. Tak de apa aku nak ulas pasal perkahwinan ke 2 ni sebab setakat ni

elok kami tak de gduh ke apa ke

Korang rasa patut ke aku lepaskan isteri pertama aku tu? Sebab dari

segi nafkah btin memang aku dh lama tak dapat semenjak dia saakit.

Dia tak bekerja sebab doktor nasihatkan dia kena banyak berehat di

rumah. Sebelum ni kerja tapi atas nasihat doktor dah berhenti. Kalau

korang kat tempat aku? Apa korang buat?

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Poligami memang dibolehkan dalam Islam, siapa kita untuk

menghalang apa yang dibenarkan Allah SWT. Namun, orang tidak

menentang poligami tanpa sebab.

Seperti kisah dibawah ini. Bertahun-tahun isteri dan anak-anak ditipu

oleh lelaki yang sepatutnya menjadi tempat untuk mereka bergantung

hidup.

Peluang demi peluang diberikan, namun si suami tidak juga sedar dan

menghargai pengorbanan isteri. Ayuh jadikan kisah ini sebagai teladan

agar sentiasa ‘mengukur baju di badan sendiri’ sebelum berpoligami.

Ramai lelaki seronok bila bercakap tentang topik poligami. Seronok bila

punyai isteri lebih dari seorang. Seronok memikirkan nikmat batin yang

boleh dirasai. Wahai lelaki, bacalah kisah ini moga menjadi panduan

dan pedoman di hari muka.

Aku seorang anak lelaki, dan hari ini akan aku kisahkan hakikat sebenar

poligami kepada anda semua terutamanya lelaki. Perihal poligami

bukan hanya sekadar berkhawin lebih dari seorang, tetapi ia jauh lebih

berat dari itu.

Kisah ini adalah berkenaan ayah aku. Pada tahun 1998, ayah aku kantoi

dengan mak aku bahawa dia mempunyai perempuan simpanan . Pada

masa tersebut dia sudahpun ada seorang anak dengan perempuan

tersebut.

Mak aku pada waktu itu sibuk menjaga kami adik beradik yang masih

kecil, dan mungkin kerana mak aku sibuk menjaga anak-anak lalu ayah

aku ambil kesempatan untuk menikah lain.

Walaupun masa itu aku berusia 7 tahun, aku masih ingat saat mak aku

bawak semua adik-adik beradik aku, ada yang berdukung, ada yang

dalam stroller pergi rumah perempuan itu.

Lebih mengejutkan, rumah perempuan itu hanya jalan kaki saja

jaraknya, Dekat, Mungkin dlm 200-300 meter away.

Semestinya mak aku terkejut dan kecewa dengan tindakan ayah aku

untuk bernikah lain walhal rumahtangga dijaga elok, hari-hari masak,

kemas rumah dan jaga anak-anak. Apa lagi yang ayah aku mahu?

Setibanya di rumah perempuan itu, ayah aku ada dalam rumah

perempuan itu maka mulalah mak aku mengaamuk sehinggalah ayah

aku melafazkan crai terhadap perempuan tersebut secara lisan dan

bertulis.

Mak percaya bahawa ayah tidak lagi berhubung dengan perempuan

tersebut dan cerita ini berakhir disini. Sejak dari peristiwa tersebut,

perniagaan ayah tidak menjadi dan bankrp.

Tiada wang yang mencukupi kami terpaksa pindah ke rumah nenek (

mak kepada ayah ) buat sementara waktu. Mak berniaga kuih dan nasi

lemak setiap pagi ayah pula mula bekerja sebabai pemandu teksi untuk

mencari duit belanja demi anak-anak.

Hari-hari si ayah keluar mencari rezeki namun bila pulang malam

hanya sedikit saja duit belanja yang ada untuk mak. Mak bersabar

kerana begitulah suami isteri, susah senang bersama, perlu

bertoleransi.

Lagipun duit pendapatan jual kuih dan nasi lemak juga ada sedikit

untuk meringankan beban keluarga. Tahun berganti tahun, ada sahaja

yang tidak kena. Teksi ayah kerap rosak dan sewa teksi semakin

tertunggak.

Selalu juga mak keluarkan duit simpanannya untuk bantu ayah bayar

sewa tertunggak, kos baiki atau kos deposit keluarkan teksi baru.

Mungkin Allah nak duga, mak bersabar lagi.

15 tahun kemudian (2013)

Rezeki si ayah nampaknya semakin sempit, teksi yang dibawa semakin

kerap rosak walaupun sudah bertukar-tukar kenderaan. Wang tidak

juga pernah cukup diberikan sehingga terpaksa meminjam pak long,

pak ngah dan adik beradiknya yang lain.

Kadangkala ayah kata terima job outstation, mungkin hantar orang ke

Penang, Kedah atau mana-mana tempat lain. Jadi dia tidak pulang dan

bermalam di sana. Jika tak cukup duit, dia akan minta mak keluarkan

simpanan mak untuk dipinjam.

Si emak pun berilah duit untuk kos minyak dan hotel untuk dia

bermalam di sana. Sehinggalah, satu hari emak mendapat berita dari

makcik-makcik ( gossip girls) yang mereka pernah lihat si ayah bersama

dengan perempuan lain (perempuan yg dicraikan 15 tahun lepas ).

Retak seribu hati si emak. Sepanjang 15 tahun sudah berlalu rupanya si

ayah ini masih ligat menipu dan berdusta. Maka tidak hairan rezekinya

sempit dek berdusta tak sudah.

Dan bertambah kecewanya hati si emak, perempuan itu tinggal di

daerah yang sama dan mendapat tahu sudah punyai 2-3 orang anak

pula. Bila dia rujuk semula? Tidak cukupkah mak dah beri dia peluang

untuk tidak menipu lagi?

Pada waktu itu, aku pelajar tahun akhir IIUM. Serabut juga kepala otak

memikirkan emak yang sedih kerana ditipu suami selama lebih dari 15

tahun.

Emak yang tidak pernah kisah bersusah bersama, menjalankan

tanggungjawab dengan sempurna, masak hari-hari, mengasuh anakanak, menyiapkan pakaiannya hari-hari.

Mak tak pernah makan malam sebelum ayah pulang. Begitu setianya

emak, begitu butanya ayah. Selepas mendapat tahu, maka hari-hari

mak ayah bergduh. Ayah juga pernah pkul emak sehingga lebamlebam.

Abang-abang aku kerja, jadi akulah yang lebih fleksibel untuk pulang

ke rumah menenangkan dan melindungi emak. Pointer drop sikit demi

sedikit nasib baik tahun akhir, dapat juga grad 2nd class.

Pernah sekali aku bermaki-makian dengan ayah aku dan hampir

bertumbuk namun pak cik aku sempat menarik aku ke rumahnya

untuk ditenangkan.

Kini si ayah semakin terdesak duit, rupanya dia banyak berhutang,

hutang kawan-kawan, hutang adik-beradik, hutang along dan ceti pun

ada. Duit itu kami semua tak tahu kemana.

Barangkali untuk menyara keluarga sebelah sana. Lebih mengeruhkan

keadaan, perempuan itu memaki, menfitnah mak aku di Facebook. Mak

pernah terbaca mesej antara dia dan ayah. Barangkali jika dia kata dia

outstation, sebenarnya dia tidur di rumah sana.

K3s semakin melarat, aku bawa mak ke mahkamah syariah. Mereka

dipanggil untuk kaunseling. Mak kemudian, membuat permohonan

fasakh. Saat itu baru emak buka cerita bahawa si ayah ini pernah ada

rekod jenaayah cbul sewaktu kami kecil.

Namun didiamkan kerana bimbangkan anak-anak membesar tanpa

ayah. Kami cari rumah sewa kerana bimbang si ayah akan bertindak

giila memberi tekanan kepada emak.

Dalam tempoh setahun, si ayah memujuk si emak untuk pulang semula

ke rumah lama. Si emak tidak berbincang dengan anak-anak terus

pulang ke sana. K3s fasakh ditarik semula.

July 2016,

Dalam tempoh ini, emak cuba untuk lupakan hal si ayah dan bini

sundalnya itu. Si ayah tidak bekerja sudah lebih setahun. Kami anakanak memberikan sedikit duit belanja semampu kami.

Emak, ligat menjual kuih keripap, kaswi dan kuih raya. Si ayah mula

berkopiah dan sering ke masjid. Namun, sering juga dia meminta wang

untuk bayar ceti.

Masalahnya, duit yang dipinjam itu tak pernah pun mak rasa dan tak

tahu menahu jika tiada orang beritahu. Pasti untuk perempuan sundal

itu. Dia minta bukan sedikit tetapi RM7,000.

Dia mula naik gila, menghalau emak dari rumah itu, sedangkan rumah

itu batu batanya semuanya hasil titik peluh mak berniaga. Dia tidak

bekerja, dan terus menipu saja. Katanya berambus engkau.

Dan bila mak minta dilepaskan, dia kata berikan 30 ribu dahulu baru dia

lepaskan. Video ada dirakam oleh emak. Aku pun pelik dengan ayah

aku ini. Kenapa dia masih nak menzalimi mak, menganiaya mak?

Pergilah berambus dengan perempuan sundal tu.

Dia mula menyuruh abang sulungku membuat pinjaman peribadi.

Katanya akan bayar semula RM300 sebulan. Sedangkan, duit belanja

emak, RM50 sebulan pun dia tidak beri.

Dia mula menengking nengking. Sifat sebenar dia sudah mula

ditonjolkan. Kopiah di kepala hanya sandiwara. Kali ini aku bertumbuk

dengan dia.

Akhirnya, aku ke mahkamah buka semula k3s fasakh, dan mahkamah

membenarkan untuk bawa mak keluar. K3s akan dibicarakan bulan

hadapan, doakan agar kali ini k3s selesai noktah.

Berpoligami itu memang sunnah nabi. Tapi banyak yang perlu

dititikberatkan. Isteri yang baik, hargailah. Jangan kita hidup dengan

menipu isteri/ suami. Allah itu Maha Adil. Jangan memandang enteng

isu poligami.

Ini kisah benar, aku saksi satu per satu nikmat Allah tarik dari ayah aku.

Kini, dia hutang keliling pinggang, ceti along sedang mencari. Rumah

yang lama sudah dituntut tuan tanah, kereta, simpanan langsung tiada.

Isteri yang selama ini yang menyokong sudah tiada, anak-anak sudah

pun beri peluang namun masih yang sama, memudaratkan.

Kami anak-anak lelaki perlu lindungi emak. Kerana dia syurga, dia

segalanya. Aku hanya minta mak aku dilepaskan dari sksaan ini. Emak

juga ada hak hidup bahagia. Jika kau kata berpoligami murah rezeki,

aku kata tidak. Banyak lagi cara lain untuk murah rezeki.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi

warganet

Rizal Hakim, Bygkan camni, klu ko plak yg skit lps tu org taknak jaga ko

atas alasan takde duit, apa ko rasa? Tu ke nilai isteri, psl skit dan tak

mampu layan ko, so ko tinggalkan?

Ko fikir je la apa boleh jimat, klu ada hobi membazir so tinggalkan, jgn

pasang astro, jarakkan anak dsb. Insyaallah ada rezeki ko nanti klu ko

sabar.

Anna Zack, Susunan hidup awak sgt baik tersusun dah.. dr isteri no 1

saakit dia benarkan kau kwin no 2. Allah kurniakan anak2 dan kesihatan

yg baik pd isteri ke2. Allah rahmati keluarga awak dan isteri2 awak. skrg

masalah nya hya rezeki dr segi kewangan shaja.

Duit blh cari bro..usaha la cmna sekali pun asalkan mampu sara kedua2

isteri. Hargai lah isteri no1 awak, wlpn dia saakit tp awak masih ada

tempat utk lepaskan nafsu awak tu pd isteri ke2. Cuma jgn dok

berangan2 nk cari bini no3 plk.

Abdul Majid, Aku nasihatkan kau kahwin lagi. Sbb dlu ada kisah org tu

kahwin 2, dia mengadu dia miskin. Disuruhnya kahwin ketiga, dia

kahwin 3 pon miskin.

Disuruhnya kawen 4, mmg betul kaya terus. Tapi tahap iman and taqwa

kena besar la . Jangan tawakkal dan yakin rezeki kahwin ko tu sekecik

punaiiii hang.

Muza Azumi, nk tanya laa eh.. sepanjang ko tanggung isteri pertama

ko yg saakit x bekerja tu, ko ikhlas x? Mcm mana layanan ko terhadap

isteri pertama ko?

Pernah terfikir x, kadang2 isteri pertama ada termakan ht dgn ko? Sblm

ko nk craikn isteri pertama, ko muhasabah diri dulu.. kadang rezeki

sempit ni punca pd diri sendiri gak.

Tijah hamid, Biasalh klu dihati dah tk punya rasa cinta.. Semua nya

buruk.. Sepatut nya jagalh elok2 hingga ke hujung nyaawa.. Apa lh

sangat dok fikir tk dpt nafkah batin dari isteri tua.. Ko ada bini lain kn.

Puas kn lah batin ko dgn bini ke2 ko tu.. Knpa sampai nk buang isteri 1…

hargailh pengorbanan isteri 1 tu.. Satu dlm seribu tau.. Itu ujian untuk

dia.. Fikir2 lh wahai suami jgn lh penting kn diri semata2 nk kejar

kehidupan Dunia.

Faridah Akma, Bayangkn klo ko pulok yg saakit nt n bini kedua tu

buang ko.apa ko rse.hummm.ko igt bila ko craikn bini pertama tu idip

ko akan lg baik ke..

belom tentu lg bro..rezeki tu allah yg bg..klo ko naya yg pertama tu

mne tau nt idup ko lg teruk..jgn le sebabkn kekurang bini pertama tu

ko anggap cam beban pulok..

Ika Hawa, Sampainya hati jika itu niat awk. Hanya disbbkn isteri

pertama s4kit, tak mampu penuhi keinginan nafsu awk serta tak dapat

berikan zuriat ..awk nk craikan dia.

Awk dah bahagia dgn no 2 terus nk buang yg no 1 slpas pengorbanan

yg dia berikan pd awk. Semoga isteri pertama awk diberikan

kesembuhan dan dipermudahkan urusan dia.

Awak pulak, renung dan muhasabah diri. Mesti ada kekurangan yg

perlu diperbaiki jika rezeki sempit.

Siti Huhaila, Ok je tinggalkan no1 tu … lgi pun dia saakit tak dpt nk

penuhi tuntutan batin ko walaupun dia da penuhi tuntutan itu dgn

mengizinkan dimadu… tapi jgn melatah la 1 hari turn

ko plk skit no2 tu tinggalkan ko balik.. nangis pun tak guna lgi bhai..

patut la rezeki sempit akal kurang berhubung .. hidop ni ibarat putaran

roda .. renung2 kan dan selamat beramal.

Normala Hani, Bagus betul idea awak kan dah dapat yang baru yang

lama awak nak tendang,awak ingat hidup awak dah sempurna lah bila

ada anak dan wife baru tu,jangan lah pentingkan diri sendiri,hargai lah

dia selama ni dia yang mula hidup dengan awak,

jangan bila allah bagi ujian sedemikian awak dah nak buang dia,isteri

pertama tu skit jadi jangan lah nak lepas tangan terhadap apa ujian

yang allah dah berikan awak.Berkorban lah untuk diri nya.

Liya Faizal, Owh cmtu cuba tukar situasi pulak,awk yg skit n terlantar n

xbkrja tp isteri awk yg bkrja perlu ke isteri awk utk meminta crai sbb

awk xsihat n tlantar n xkrja sbb da lm xmdpt nafkah batin, Cuba tukar

situasi tu awk sanggup ke klu isteri awk buat cmtu???

Tp klu awk xjujur n xikhlas kembali kn la isteri awk kpada keluarga ny

semula,Dan ingat la Allah SWT tu maha pengasih n penyayang setiap

manusia Akan d uji,tp awk xtahan d uji,dunia ni sementara je.

Catat Ulasan

0 Ulasan