Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran
dadi kisah ini. Assalam min…tolong hide fb saya, nak minta pendapat
rakan pembaca smua. Saya tinggal bersama mertua dah dua tahun
bersama dengan ipar2 4 org lelaki smuanya. Saya amat terasa hati
setiap kali bulan ramadhan. Semua kerja rumah saya yang kena buat
termasuk memasak kepada ipar2 dan mertua saya yang tak berpuasa.
Paling saya sedih, ketika waktu berbuka. ipar2 dan mertua akan makan
dahulu. Lebihan mereka makan baru saya dan suami boleh makan. Ada
sekali tu mereka tinggalkan telur dadar sahaja. Sedih sangat.
Memang tiap kali makan begitu syarat mertua Saya, selagi anak2 dia
belum mkn walaupon seorang, saya dan suami tak boleh mkan…
Kalau saya dan suami makan mesti mertua ada je dimeja makan
padahal barang dapur dan barang basah suami yang tanggung.
Mertua saya sering masuk bilik tidur kami ketika kami tiada di
rumah,pernah berberapa kali terserempak dengan kami.
Suami saya ajak saya berpindah. Mertua pulak berdrama air mata,
jadinya tertangguh disitu, kata mertua jika kami berpindah, dah xda
siapa nak masak mkan kat rumah tu.
Apa pendapat rakan2 smua? Jgan keecam saya, sekadar minta
Kisah ke 2 lebih mendebarkan, bersyukur tak dapat mak mertua
macam ni. Baca perkongsian di bawah
Hi.. kebelakangan ni aku selalu baca dekat sini kisah mak mertua, mak
kandung yang macam-macam hal memeningkan kepala.
Untuk korang-korang yang tak alami akan rasa cerita tu semua macam
tak real kan? Tapi hanya sebab kita dikelilingi oleh orang-orang yang
baik, dan ada keluarga yang baik, tak bermakna tak ada mak yang
Ok.. aku pun nak cerita tentang aku. Aku harap cerita ni boleh jadi
panduan dekat menantu-menantu yang memendam perasaan dekat
luar sana. Tapi boleh aplikasikan kalau situasi korang seperti aku ya..
korang nilailah sendiri situasi masing-masing.
Mak mertua aku ni dah lama kematian suami sejak suami aku masih
sekolah lagi. So dia ni basically wanita yang berdikari, garang dan
sangat mementingkan pelajaran anak-anak.
Adik-beradik suami aku semua graduate oversea dan ada beberapa
orang yang ada phd hasil didikan mak mertua aku.
Tapi dalam beberapa tahun lepas, mak mertua aku dah tak boleh duduk
sendiri. Ada saja drama nak pitamla, lnggar kereta orang dan lain-lain.
Mula-mula dia duduk dengan anak perempuan dia (adik ipar aku). Tapi
bila anak perempuan dia kerja dekat luar negara, kami bawa dia duduk
Aku ada 4 anak kecil, bekerja dan suami ketika tu bekerja di negeri
yang berlainan. Kiranya aku suami isteri pjj.
Masalah mak mertua aku ni ialah, suami aku bukan anak pilihan dan
kesayangan. Dia nak duduk dengan anak sulung tapi isteri anak sulung
dia (biras aku) tak berapa suka sebab mak mertua aku selalu gaaduh
dengan mak dia (mak biras aku duduk sama dengan dia).
Bila duduk dengan aku, dengan suami aku kerja jauh, aku tak kisah pun.
Bukan sebab tanggungjawab aku jaga dia, tapi sebab mengenangkan
betapa baiknya suami aku dengan mak bapak aku,
Maka aku rela mak mertua aku duduk sama walaupun suami aku tak
ada. Walaupun anak-anak dia yang lain ada saja berdekatan tapi sorang
pun tak pernah offer nak mak dia orang duduk dengan dia orang.
Mak mertua aku ni kan aku cakap wanita yang independent sebelum
ni. Dia boleh bawa kereta sendiri, melancong sana sini.
Tapi sejak kejadian drama dia yang selalu pitam tu, anak-anak dia ambil
kereta dan dia duduk rumah aku paatah kaki la kiranya. Jadi dia selalu
stress sebab dia cakap boring duduk rumah.
Dia tak nak jaga cucu sebab dia kata dia dah puas jaga anak dia dulu. So
dia duduk rumah hanya dengan maid. Anak-anak aku, memang mak
Bila dia bosan, dia mula buat perangai. Aku kesian kadang-kadang
suami aku balik weekend tak sempat duduk lagi, dia dah tanya bila nak
hantar dia ke rumah anak yang lain.
Masalahnya bukan kami tak nak hantar tapi anak dia yang tak nak dia
ada. Dia cakap dengan suami aku macam tak suka sangat duduk rumah
kita orang. Aku tau suami kecik hati tapi aku cakap lantakla mak nak
Bila suami aku tak ada, dia selalu cakap dekat aku berulang-ulang
tempat isteri di sisi suami, patutnya aku sebagai isteri kena ikut suami
aku yang kerja dekat negeri lain. Mula-mula aku diam je.
Satu hari aku penat balik kerja jalan jammed, dia ulang ayat sama. Aku
naik angin, aku cakap dekat dia,
“Bukan saya tak nak ikut, tapi anak mak yang tak boleh bawa sebab
kerja dia dan dahla tak boleh bawa isteri, tinggalkan isteri dengan
anak-anak kecik dengan mak dia lagi nak kena jaga”.
Aku dah cakap baru aku sedar apa aku cakap. Mak mertua aku diam
saja lepas aku cakap camtu. Surprisingly, lepas tu dia langsung dah tak
pernah cakap macam tu sampai sekarang.
Sejak dari tu aku nampak perangai dia macam mana. Dia akan buuli
orang yang diam tak melawan. Sekali aku lawan cakap dia, pandai pula
Insiden kedua, mak mertua aku selalu gaaduh dengan anak sulung aku
masa tu umur dalam 5/6 tahun. Dia suka bandingkan anak aku dengan
sepupu (cucu dia) iaitu anak-anak adik beradik suami aku.
Aku selalu dengar dia cakap anak aku bodoh tak macam ABC anak
MNO. Tapi dia cuma akan cakap kalau aku tak ada. Padahal aku ada
dekat tangga dia tak perasan. Bila aku munculkan diri, dia bersayangsayang dengan anak aku.
Satu hari aku dengar dia cakap, rumah kita orang ni kecil tak macam
rumah anak dia yang lain. Anak aku boleh tahan mulut, jawab kalau
rumah ni kecil, opah dudukla rumah anak opah yang besar tu, jangan
Dah mak mertua aku marah, dia cakap ini rumah anak dia, dia ada hak
Aku dengar, aku cakap, “mak, rumah ni rumah saya, saya beli dengan
loan saya, saya bayar bulan-bulan dengan duit gaji saya, bukan rumah
Aku kena cakap macam tu sebab aku letih dengar dia asyikla cakap
kenapa pasang aircond kesian anak dia nak bayar rumah nak bayar bil
Suami aku sangat baik dan sangat manjakan anak memang rumah
kami aircond 24 jam. Sejak dari aku cakap tu, dia dah tak pernah cakap
Jadi, aku semakin faham bahawa dia adalah orang yang perlu dilawan
kalau mulut dia dah tak reti jaga hati orang lain.
Nak duduk sama-sama, jaga hati sama-sama. Jangan ada rasa anak kau
seorang yang hebat, kerja gaji banyak, dan isteri ni hanya habiskan duit
Habis, anak orang lain (menantu) ni tak hebat? Silap orang mak…
banyakla lagi sebenarnya kata-kata yang keluar dari mulut mak mertua
Mana yang aku rasa tak melampau, aku diam je. Kalau aku rasa dia ni
dah melampau, kena sedarkan, baru aku jawab. Biar dia tau orang lain
Tapi aku faham kenapa dia jadi macam tu.. dia bukan tak suka aku, tapi
dia ibu yang ada pride yang tinggi sebab anak-anak dia semua bijak
pandai berjaya dekat kampung dulu. So dia ada sikit smbongla
ini suami aku dan anak-anak dia sendiri cakap memang mak dia orang
ada perasaan dan perangai macam tu.
Dan bila dia kena duduk dengan aku, dia bosan sebab tak ada apa nak
buat, tak boleh ke sana sini jadi dia cari pasal dengan siapa yang ada.
Bukan aku tak nak bawa dia berjalan, tapi aku pun kerja, bila weekend,
Kesimpulan yang aku nak cakap ialah, kalau isteri-isteri di luar sana
dibuuli oleh mak mertua, bangkit, jawab. Jangan biar orang lain pijak
kita macam kita tak ada langsung sumbangan dalam rumahtangga.
Walaupun isteri suri rumah, tetap ada sumbangan dalam rumahtangga,
disebabkan isteri jadi surirumahlah, anak mak mertua kita boleh kerja
dengan tenang tanpa fikir hal pengasuh dan sekolah anak. Apaatah lagi
isteri yang terpaksa keluar bekerja demi membantu suami.
Kalau itu kau beli guna duit kau, kau cakap dengan mertua kau kalau
dia bising. Jangan ingat anak dia saja yang ada duit, anak orang ni tak
ada duit. Dah kalau suami belikan untuk isteri memang patut pun
Aku berani sebab aku tau suami aku bukan anak emak. Malahan tak
pernah sekali pun mak dia puji dia, apaatah lagi nak cakap terima kasih
untuk apa yang dia buat dekat mak dia.
Selalulah anak yang tak nak jaga tu dipuji puja depan suami aku. Tapi
kalaulah suami aku anak emak sekalipun, aku tetap akan melawan
Tapi aku pegang nasihat mak aku, jangan biar diri dibuuli oleh sesiapa
pun. Memang kita kena hormat dan taat pada mak ayah, tapi bukan
Mak aku cakap, apa yang kita buat jadi contoh pada anak-anak. Kalau
anak-anak kita tengok kita diam saja bila dibuuli, dia orang akan
membesar membiarkan diri dibuuli.
Aku tak nak tunjuk contoh macam tu dekat anak aku atas alasan takut
derhaka. Aku nak tunjuk contoh, benda salah kena betulkan, kalau itu
hak kau, pertahankan, kalau orang hina kau, bangun bangkit
pertahankan diri kau. Jangan biar maruah kau dipijak-pijak.
Sekarang, mak mertua aku masih duduk dengan aku. Dah tua dan dah
nyanyuk pun. Lagi merepek perangai dia sejak nyanyuk ni. Tu aku cerita
lain kali sebagai panduan macam mana jaga orang nyanyuk.
Its not easy i tell you.. apaatah lagi menjaga orang yang tak ada
memori manis pun dengan aku semasa sihatnya dulu..
Apapun, kita nilai situasi kita, persekitaran kita. Tak guna bertahan
memendam rasa sebab kesannya pada anak-anak lebih terok.
Aku doakan semua yang ada masalah dengan mertua, keluarga mertua,
dipermudahkan urusan korang. Semoga pengakhiran yang baik untuk
Ramai terkesan dengan perkongsian kisah pertama, apa reaksi
Rizal Razuan, Drama airmata depan korang, gelak smpi kluar airmata
belakang korang tgk korang diperbodohkan, smpi tahap lps diorang
mkn baru korang dpt sisa,pun masih bodoh lg nak stay situ.
Suka hati korang la klu masih sanggup diperbodohkan mcm tu, cuma
Wan Lina, Dah tahu mentua dan ipar2 tu semua mengkulikan kau kat
umah tu.. lagi nak mintak pendapat ke?? Pindah je laa.. jangan nak tjuk
baik sgt nak jaga hati org yg tak tahu nk hargai kau. Jaga hati sendiri
laki dah ajak pindah tu, kau kne ambik peluang tu sekarang sblom
hubungan kau ngn laki kau pulak bermasalah nanti.
Paham?? Haiii.. untung laki kau jenis reti bahasa jugak nk bandingkan
kau yg acah2 nk jaga hati mentua ngn ipar2 tak guna tu..
Nur Eika, Pindah je…drama air mata tu skjap je…xkan tiap mase mertua
tu nk teruskan drama air mata die je…..slgi korang xpindah,slgi tu lah ko
persis org gaji ipar2 n mertua ko….sblm korang kawen elok jer mertua
tu bg ank2 die mkn…elok je hidup smpai beso.
Atiqah Jamil, Laki hg ajak pindah tu takkan nak tggu lagi.. pendirian
kena tetap.. kalau asyik terkenangkan mertua yg perangai mcm tu
smpai bila pun hang akan jadi hamba dlm rumah tu..
dah hg penat2 masak, mkn tak sekali, pastu kena tunggu depa habis
mkn baru hg ngan laki hg boleh mkn.. jadah apa nya mcm tu?? Dah la
tak posa, nak kena masak bagi depa mkn plak.. byk cantik.
Rita Hamid, Insyaallah puan dan asben masih belum derhaka hanya
sbb nk duduk berasingan…duduk lelama boleh memudaratkan
islam sendiri menggalakkan setiap ketua keluarga menyediakan tmpt
tinggal seadanya…umah kecik xpe, janji boleh cipta bahagia disitu.
Ain syahirah, Plan je semua senyap2.. Siapkan rumah lain tu, angkat
baju sikit2.. Nnt satu hari ckp nak pegi bercuti.. Keluar rumah terus tak
Kalau mertua buat drama lagi, ckp la sy taknak tengok mak menangis
lagi.. Tp sy kena pindah.. Fullstop. Takyah meleret2 jawab.. Lagi tenang
Maria Joan,Maaf, ni pendapat sya ya…suami dah ajak pindah…lebih baik
pindah…mentua dah ckp, nanti siapa yg nak masak..bmkna selama ni
mmg diorang bergantung dgn Puan & suami…
lebih baik pindah dan biar mereka rasa sendiri mcm mana nak masak
berkeras hati utk keluarga dan kebahagiaan…nak ke hingga ke anak di
layan mcm ni? Harap puan ikut je cadangan suami utk pindah…
kalau boleh, pindah mana, rahsiakan..sebab manalah tau, mentua ipar
duai nak tiba2 tumpang dan terus stay lama.
Tipah Haron, Pekakkan telinga..butakan Mata..hati kena kental sis..lbh
baik pindah sis..dr ht sis stress setiap hr..lama2 leh jd mntal n saakit..sis
n suami cr umh sewa dulu..siap ape brg semua dlm umh..secara
nnti dh smpai ms bru sis pindah trus..jgn toleh belakang..hati kena
kuat..minda kena kuat..semoga sis berjaya..sy bc sis punya citer..hati sy
0 Ulasan