Rela pertahankan suami, seorang wanita dikatakan sanggup bertengkar dengan
anggota polis yang sedang menjalankan tugas di hadapan sebuah pusat beli belah di
Menerusi video berdurasi 2 minit yang tular di media sosial itu memaparkan wanita
berkenaan memarahi anggota polis selepas dipercayai tidak berpuas hati suaminya
yang merupakan warga Pakistan ditahan untuk pemeriksaan.
Menurut laporan Harian Metro, pasangan ini juga menggunakan surat kebenaran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang disyaki palsu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata,
anggotanya yang menjalankan pemantauan menahan kenderaan suspek di hadapan
sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan, jam 7.26 petang.
"Semasa pemeriksaan, suspek wanita berusia 42 tahun melakukan provokasi
malah merampas dokumen lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun yang
berada di tangan anggota polis.
"Wanita itu turut mempersoalkan pemeriksaan yang kami buat," katanya.
Bagaimanapun, pasangan ini telah ditahan kerana menghalang tugas polis selain
mengeluarkan kata-kata kesat ketika kejadian tersebut.
Difahamkan kedua-dua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
0 Ulasan