Suami Isteri Dan Anak Kecil Umur 1 Tahun Lebih Naik Motor Sangkut Sebab Hujan Lebat. Keluarga Itu Terkejut Dengan Apa Terjadi Selepas Itu

 

Tolak tepi pasal bngsa, zaman sekarang banyak kisah kisah di media sosial yang dikaitkan dengan bangsa dan agama. Tidak perlu kita kaitkan semua itu, yang penting keperibadian diri.

Apa kita boleh buat untuk tolong manusia lain dalam kesusahan, tidak perlu pandang bngsa apa mereka dan agama apa mereka.

Kisah dibawah ini dipetik dari laman sosial Facebook Susilekumar Thamotaran. Kisah beliau telah mendapat banyak reaksi positif dan rata rata netizen memuji apa yang beliau lakukan.

Kisah ini mendapat melebihi dari 3000 likes, 668 perkongsian dan ratusan komen. Kisah ini sepatut dijadikan teladan bahawa untuk menolong seseorang kita hanya perlu ada perasaan dan hati yang baik.

Keluarga Yang Tersangkut Akibat Hujan Lebat ..Yang Sedih Mereka Membawa Anak Kecil

Malam semalam (15/01/2019) , saya dlm perjalanan dari Puchong ke Rawang pastu kami singgah kat Shell Subang (Highway) nak topap minyak. Hujan lebat giler… dan kami terserempak ngan sepasang suami isteri Melayu dan anak berusia 1 tahun 3 bulan menunggang motorsikal. Mereka basah kuyup.

Menghulurkan Bantuan .. 

Kami x sampai hati pastu kami tanya husband diaa lokasi perjalanan. Mereka otw ke Sri Damansara. So kami pun offer kat husband diaaa untuk hantar isteri dan baby ke Sri Damansara. Husband dia dgn senyuman (gembira) dan setuju. So.. kami drop isteri dan baby sementara husband diaa bawak motor follow kita. lepas drop kat Sri damansara . mereka pun sgt berterima kasih.

Sebab Utama Kenapa Kisah Ini Dikongsikan

Tujuan saya kongsi benda ni sebab , ramai yang nampak family tu xde baju hujan dan basah.. tapi xde sorang yang menegur . setakat tumpang je.. bukan you all rugi berjuta . fikir laa sikit kekawan.

Komen Netizen

Chandran Umapathi “Supperrr…… Reallyy i bow my head to solute u susilekumar”

Faiz Zul “Hormat kepada kamu brother”

Kesavan Kesavan “Macam nilah kita nak bersatu padu”

Uthaya Uthaya “bgus.gd.kesian baby tu.tuhan akan balas budi u bro”

Sumber : Susilekumar Thamotaran

Notakaki: Di dalam komen tersebut masih ada yang memberi komen negatf. “Takkan baju hujan tak boleh beli tapi motor boleh pakai RS150?” “Kenapa tak beli baju hujan dah tau bawak anak kecil” dan macam macam lagi komen negatif.

Bagi admin, walaupun dia mampu pakai motor RS tetapi kita mana tau motor tu hutang atau tunai. Nak keluar motor bukan perlu bayar mahal bro .. baju hujan kenapa tak pakai? Mana tau dia tak bawak baju hujan? kalau hujan lebat sangat, baju hujan pun bocor dan mereka bawa anak kecil sebab tu la kena berteduh.

Ada juga yang komen nak tolong orang tak perlu ambil gambar dan viral. Apa yang saudara Susilekumar Thamotaran lakukan rasanya bukan untuk viral tetapi untuk tunjukkan bahawa dalam dunia sekarang masih ada yang akan membantu. Dan tidak salah pun viral perkara baik dari sibuk viral perkara mengarut.

Apa pun kudos bro sebab tolong family ini.. hats off to you ..

Artikel: KL Viral

Catat Ulasan

0 Ulasan