Lelaki Viral Selamba Marah Buaya – “Orang Banyak Kerja, Sibuk Nak Bergurau..”

 


TONTON  VIDEO CLICK DISINI

Apabila bercakap soal haiwan reptilia ini, pasti ramai terus bayangkan tentang sifat agresifnya. Sama ada di darat mahupun dalam air, lazimnya ia pasti akan menerkam apa sahaja yang bergerak di hadapannya. Maka tidak hairanlah mengapa buaya sering digeruni ramai.

Buaya besar jelas kelihatan…lelaki tak ‘cuak’ sebab mahu

bersihkan kandang

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan situasi seorang pekerja membersihkan kandang buaya di Melaka.

Walaupun ada seekor ‘Bujang Senang’ besar seolah-olah sedang bersantai di sana, namun lelaki yang bernama Rizal itu tidak takut untuk

menghampirinya.

Diam…orang banyak kerja dia sibuk nak bergurau

Ketika dia sedang mengaut daun kering di tanah, buaya tersebut terus membuka mulut dan berpaling konon cuba menerkamnya. Namun begitu, apa

yang mencuit hati adalah dia selamba memarahi reptilia buas yang diberi nama timangan Aris tersebut. Meskipun Rizal sibuk mahu habiskan

kerjanya, namun ia didakwa sibuk mahu ajak bergurau pula.

Tak pasal-pasal buaya kena leter…dia ajak bergurau pun

makin ke depan,tapi abang ke belakang nampak

Walaupun kagum melihat keberanian lelaki itu, namun rata-rata netizen berseloroh apabila perasan yang dia sebenarnya cuba mengelak daripada

buaya berkenaan. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah menjadi viral dengan meraih hampir 3 juta tontonan di aplikasi TikTok setakat ini.



Catat Ulasan

0 Ulasan