Pekerjaan sebagai seorang anggota bomba nyatanya tidak mudah. Selain bersedia untuk mengharungi risiko ajal yang menanti, mahu atau tak mereka
terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah masyarakat sekitar sewaktu misi menyelamat dilakukan persis video yang tular sejak semalam.
Datang nak padamkan kebakaran tapi bertukar jadi insiden
lain…Bomba terima laporan jam 3.18 petang
Cukup menguji kesabaran, kerja-kerja memadamkan kebakaran oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas, Sarawak diganggu oleh seorang lelaki
yang membuat kekacauan. Siapa sangka dalam saat getir, individu terbabit datang melampiaskan rasa tidak puas hati mereka.
Bomba baru sampai dah kena belasah…Ada yang marahmarah kononnya datang lambat
Sebaik tiba di lokasi tersebut yang terletak enam kilometer dari balai, seorang lelaki tidak semena-mena ‘naik hantu’ dengan membaling barang
sebelum membelasah salah seorang anggota. Manakala rakannya pula bertindak memarahi pasukan berkenaan yang didakwa lambat sampai untuk
memadamkan kebakaran. Bomba yang sedang memegang hos juga terpaksa menyemburkan air bagi mengelak dikasari.
Anggota bomba yang cedera dah report polis…Waktu
sampai rumah dah hampir musnah terbakar
Susulan kejadian itu, anggota bomba terbabit yang mengalami kecederaan ringan telah pun membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan ketika anggota sampai di lokasi berkenaan, sebahagian rumah yang tidak berstruktur kekal itu sudah pun musnah setelah dijilat api
marak.
0 Ulasan