Dengan adanya bantuan ini, pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran di rumah dengan selesa dan sempurna.
Pelajar juga boleh mohon Bantuan Smartphone Percuma B40.
Cara Memohon Bantuan Laptop Percuma B40
Untuk bantuan ini, pelajar juga tidak perlu memohon. Pihak universiti akan menghubungi pelajar yang layak.
Antara jenis bantuan bagi mereka yang layak akan menerima adalah laptop percuma, pemberian wang tunai, pinjaman laptop sepanjang pengajian dan juga bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi pelajar memperolehi laptop.
Pelajar-pelajar ini akan mula menerima secara berperingkat bermula November 2020.
Cara Memohon Bantuan Pelan Data B40
Bagi bantuan internet percuma ini, pelajar B40 tidak perlu membuat permohonan pihak HEP universiti akan menghubungi pelajar tersebut berdasarkan kelayakan.
Atau pelajar boleh terus menghubungi pihak HEP untuk menyemak kelayakan masing-masing.
Kepada yang layak, anda akan menerima bantuan dalam bentuk kad sim. Bagaimanapun, ada juga pihak universiti yang memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai (terus ke akaun bank).
Bantuan Laptop & Internet Untuk Semua Pelajar IPT
Kepada pelajar bukan B40, jangan risau. Anda masih boleh menerima bantuan harga istimewa untuk Pelan Data dan Laptop.
Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.
Ibubapa juga boleh mohon Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180 Untuk Golongan B40 yang akan dibuka nanti.
Cara Mohon Tawaran Istimewa Pakej Laptop
Untuk menikmati bantuan harga laptop khas untuk pelajar IPT ini, anda hanya perlu membuat pembelian terus secara online di kedai rasmi tersebut seperti dibawah:
- Acer – https://store.acer.com/en-my/promotion/students
- Samsung – https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store
- Apple – https://www.apple.com/my/education/higher-education
Cara Mohon Pakej Pelan Data Pelajar
Untuk menikmati bantuan harga istimewa ini, pelajar boleh terus ke kedai telco Celcom, Maxis atau Digi berhampiran dengan mengemukakan Kad Pengenalan dan Kad ID pelajar.
CELCOM
1 Ulasan
Memerlukan laptop untuk membuat tugasan
BalasPadam