[VIDEO] Baru Nak Feeling Sedih Bakar Gambar Ex, Sekali ‘Diceramah’ Polis

 

Apabila sesebuah hubungan putus di tengah jalan, bukan mudah untuk lupakan kenangan sewaktu bersama. Selain tertekan masalah jiwa, ada juga

yang sampai bertahun-tahun sebelum berjaya ‘move on‘. Lebih-lebih lagi jika masih menyimpan gambar serta barang pemberian insan yang pernah

bertakhta di hati.


Alami episod putus cinta…nak bakar gambar ex-boyfriend

ditepi pantai

Menerusi perkongsian video di TikTok, seorang gadis bernama Wan Aisyah baru sahaja mengalami episod putus cinta. Gara-gara tidak puas hati, dia

bercadang untuk membakar gambar bersama bekas teman lelaki di tepi pantai.

Tiba-tiba abang polis datang…Tak pasal-pasal kena ceramah

free je kat situ

Walau bagaimanapun, niatnya terbantut apabila didatangi sebuah kereta peronda polis. Disangka melakukan kesalahan atau ingkar SOP, ruparupanya dia ditegur saja. Salah seorang anggotanya juga sempat menasihati Aisyah supaya tidak melakukannya kerana ia seperti perbuatan yang siasia.

Kena bahan dengan abang polis…Potong feel baru nak buat

content sedih, sabor jelah



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pengalaman gadis tersebut. Selain memuji tindakan pihak polis yang prihatin



memberi nasihat, ramai juga sempat berseloroh meminta Aisyah untuk sambung bakar di halaman rumah sahaja. Secara keseluruhan, video tersebut






telah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan.

Catat Ulasan

0 Ulasan