Doktor ‘Sound’ Padu, Ramai Terjebak Hidu Rebusan Bunga Cengkih Rawat Covid-19

 


Sejak tahun lepas, ramai individu yang tidak bertanggungjawab claim bahawa sesetengah kaedah rawatan tradisional berupaya sembuhkan Covid-19 malah lebih hebat daripada vaksin. Baru-baru ini pula, tular satu rakaman di media sosial kononnya ia boleh dirawat dengan hidu rebusan bunga cengkih

Dakwa ahli keluarga positif COVID terus sembuh bila amalkan hidu wap rebus bunga cengkih

Dalam rakaman berdurasi 2 minit lebih tersebut, seorang lelaki mendakwa ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19 telah sembuh sepenuhnya dengan mengamalkan tips terbabit. Selain menunjukkan bagaimana cara menyediakan bahan tersebut, dia turut menyeru orang ramai agar berkongsi petua tersebut.

Habis ramai pula warga emas yang percaya…Pemuda kecewa ayah pun terikut sekali

Gara-gara penyebaran video tersebut, ramai yang telah percaya dan ikut tips tersebut seperti luahan seorang pemuda bernama Haikal ini. Menerusi aplikasi TikTok, dia jelas kecewa apabila ayahnya ‘kantoi’ merebus bahan masakan dengan water heater selepas ternampak di WhatsApp Group.

Kalau boleh guna wap bunga cengkih rawat COVID…tak perlulah belanja berjuta ringgit beli vaksin

Susulan itu, Dr. Mahyuddin Mohamed tampil memberi penjelasan di sebalik trend viral tersebut. Beliau menegaskan setiap individu yang mengalami simptom batuk, selsema serta masalah tekak supaya dapatkan rawatan di pusat perubatan segera. Bukan itu sahaja, kaedah menghidu wap panas tersebut juga dibimbangi boleh menyebabkan kerosakan pada salur pernafasan.


 

Catat Ulasan

0 Ulasan