Dihalau Bina Rumah Atas Tanah Bekas Suami? Pentingnya Wanita Ada Harta Sendiri

 




Sejak semalam, hangat di media sosial tentang isu dakwaan seorang pendakwah bebas yang seolah-olah mahu robohkan rumah bekas isterinya. Pendedahan tersebut sekali gus menyebabkan wanita berkenaan terkilan kediaman indah hasil titik peluhnya terancam hanya kerana ia dibina atas tanah milik bekas suami.

Boleh tak nak buat personal loan bina rumah atas nama suami? Saya tak galakkan

Susulan itu, pelabur hartanah dikenali sebagai Azizul Azli Ahmad tampil memberikan nasihat berguna buat pasangan di luar sana berhubung isu rumah dan pemilikan tanah. Beliau dengan tegas tidak menggalakkan para isteri gunakan nama suami atau pihak lain untuk buat pinjaman berkaitan rumah, tetapi sebaiknya tanah tersebut atas nama pihak yang bertanggungjawab membinanya.



Dunia penuh dengan tipu daya, hari ini cinta sampai ke syurga…Esok dah benci rumah rasa macam neraka

Walaupun mungkin situasi tersebut pada awalnya nampak remeh, namun kita tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku pada masa akan datang. Ujar beliau, perkara yang melibatkan duit dan harta jangan sewenang-wenangnya mudah percaya kepada sesiapa hatta keluarga sendiri.



Bukan sebab tak percaya atau buruk sangka…Bila dah kena nak menangis pun tak guna

Meskipun sudah berkahwin, seseorang wanita juga mempunyai hak berhubung soal harta. Bagi mengelak daripada ditinggalkan terkontang-kanting, mereka perlu berusaha menjadi kaya serta cari harta benda sendiri. 

Catat Ulasan

0 Ulasan