Masuk hari ke 25 siasatan... polis serah semula kertas siasatan kes majlis nikah Neelofa langgar SOP kepada TPR

 


MASUK hari ke 25, kertas siasatan terhadap majlis pernikahan selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz berhubung dakwaan majlis pernikahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) masih belum selesai

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya sudah menghantar semula kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin dan menunggu arahan untuk tindakan lanjut

"Kita hantar semula kertas siasatan semalam selepas membuat beberapa penambahan mengikut arahan pihak berkenaan sebelum ini. Perkembangan lanjut kes itu akan dimaklumkan kemudian," katanya

Pada Sabtu lalu, Mohamad Zainal Abdullah memberitahu pihak Timbalan Pendakwa Raya telah mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya

Menerusi laporan mStar pada 13 April lalu, polis mencadangkan kompaun dikeluarkan kepada pasangan itu kerana gagal mengikut SOP yang ditetapkan ketika acara itu berlangsung. 

Polis membuka kertas siasatan pada 27 Mac lalu selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan �zikal

Catat Ulasan

0 Ulasan