Mil jenis nak siang ikan mesti dalam bilik air. Potong sayur pun dihamparnya sayur tu kedalam bilik air pastu papan pemotong dia omangai hitam gile.
Salam min. Tolong hide fb saya ye..
Saya nak kongsi cerita saya dan mungkin ada yang boleh bagi nasihat.Ceritanya saya dan suami masuk ni dah 4 tahun berkahwin dan kami pjj. Saya suri rumah je. Saya tinggal dengan family saya. Suami pulak tinggal dengan family dia. Mesti tertanya2 kenapa saya tak tinggal dengan suami.
Kisahnya saya suruh suami sewa rumah atau bilik dia cakap mahal, rumah family dia besar so dia suruh saya tinggal dengan family dia je. Bukan saya tak nak duduk sekali. Jeng jeng jeng.
Pertama mil saya jarang masak dan jenis makan dekat kedai. Lepastu dorang tak ada singki n mesin basuh. Bab mesin basuh saya boleh lagi nak basuh baju dengan tangan. Mil jenis nak siang ikan mesti dalam bilik air.
Potong sayur pun dihamparnya sayur tu kedalam bilik air pastu papan pemotong dia omak ai hitam gile. Saya nak beli baru dia cakap guna je yg tu. Memang tak la. T0ilet sekali dengan bilik mandi. Bayangkan dia letak periuk bagai kat atas t0ilet. Letak sabun n pengosok tepi t0ilet kau ber4k tu.
Saya banyak kali suruh suami buat singki tarik je paip. Berapa ringgit sangat je. Dia boleh buat tak tau. Banyak kali dah ha saya begaduh dengan suami. Kes remeh2 je. Dekat dapur pulak bertempek kain baju tak basuh. Saya sakit mata nengoknye. Saya ada mintak nak kemas rumah. Nak deko la rumah diaorang. Kena sound ha dengan mil. Dia cakap biar la rumah dia. Tak payah nak kemas apa2.
Baru2 ni suami ada buat loan. Dia cakap nak renovate bilik dia last duit dia tu bagi semua dekat mak dia untuk buat modal niaga. Lepas ni tak tau la jadi ke tidak bilik dia tu. Orang cakap kalau rumah kita tak cantik tak apa jangan pengotor. Kalau tengok rumah orang lain kat situ semua bersih2. Rumah diaorang je huru hara. Saya ingat kawin dengan orang kampung ni pembersih la. Sekali hauk. Krt
Kisah mil lain…Suami bawa mak mertua tinggal serumah. Tiada msalah awalnya. Dalam tak sedar, privasi dirampas.
Foto sekadar hiasan. Perkongsian confessor sepertimana disiiarkan di laman IIUMC, si isteri seolah tersepit dengan keputusan suaminya untuk membawa emak mertua tinggal sebumbung. Ikuti luahannya dibawah.
Suami anak lelaki sulung.
Assalamualaikum. Aku Ayu dari selangor. Sudah berkahwin 7 tahun. Suami berasal dari Perak. Suami anak nombor dua dan anak lelaki yang sulung dari 5 beradik. Kami sudah membeli rumah berdekatan rumah keluarga suami iaitu di Perak.
Masalah mula timbul apabila suami berkehendakkan emaknya tinggal sekali atas alasan emak suami sudah uzur. Aku faham tanggungjawab beliau dan akhirnya bersetuju. Tiada masalah awalnya, tetapi lama kelamaan hati aku jadi tak ikhlas.
Berdosakah aku sebagai isteri? Sebagai menantu? Aku sentiasa positifkan diri tapi lama-lama tak dapat menipu diri sendiri aku tak sesuai tinggal bersesama dengan mentua sendiri. Maaf disini aku berterus terang mungkin nanti akan dikecam tapi itulah hakikatnya.
Kerap ditegur mertua.
Sebagai seorang yang dah terbiasa berdikari, sehinggalah aku kemudiannya berkahwin. Suami juga memberi kebebasan pada aku dalam membuat keputusan asalkan tidak mencabar hak beliau sebagai suami dan membelakangkan keluarga. Datang mertua aku, dia boleh sesuka hati menegur begitu begini sehinggakan apa yang aku nak masak untuk menjamu keluarga juga akan di berikan pandangan mengikut pemikiran beliau.
Pernah bulan puasa aku berkejar dari office ke pasaraya berniat untuk memasak menu mee goreng basah, sampai2 dirumah dan kedapur menyinsing lengan baju tiba tiba datang mertua tanya aku hendak masak apa aku maklumkan hendak goreng mee, terus diceramah maklumkan makanan di dalam peti sejuk banyak saja lagi kenapa suka membazir demaklan puasa ni. Aku buka peti sejuk dan lihat cuma ada setengah bekas nasi ayam semalam yang dia sendiri makan tak habis dan tiada makanan lain.
Entah kenapa sebab terlalu marah syaitan dah cucuk aku tinggalkan dapur dan terus kebilik tinggalkan barang barang yang aku beli sampai waktu buka suami tanya mana mee goreng aku hanya cakap mak cakap makanan banyak jangan membazir. Aku tahu aku sepatutnya jelaskan kepada mertua makanan untuk buka tiada dan teruskan memasak tetapi sebab dan tak tahan asyik dikritik aku pilih berkelakuan demikian.
Bila MC atau cuti pasti ditanya.
Aku juga tidak boleh suka suka hati nak mc dari kerja atau cuti atau apa apalah kerana jika dia lihat saja aku ada dirumah mesti dengan riak muka risau dia akan mengajukan soalan, kenapa tak kerja ni?
Apa jadi? bos tak marah ke? boleh ke suka suka hati mc? aduhai ya Allah kerja aku tahulah aku uruskan sendiri nak cuti ke nak mc ke nak berhenti ke? Again aku tahu aku yang terlebih emosi, tapi pembaca sekalian fikir kalau sekali dua faham, kalau banyak kali sampai setiap kali cuti.. mc sepanjang mertua duduk bertahun tahun tak ke stress aku demakatnya.
Memandangkan mertua duduk dengan aku jadi boleh bayangkan adik beradik suami yang lain akan selalu menziarahi emak mereka. Sehinggakan suami aku membuat kunci pendua rumah aku dan diberikan kepada adik beradik yang lain atas alasan menyenangkan adik beradik suami datang ke rumah pada bila bila masa. Masalahnya disini apabila kemudiannya aku sudah tiada kebebasan pada rumah sendiri.
Adik beradik lelaki suami masuk rumah sesuka hati.
Bayangkan kalau dirumah sendiri tanpa adanya lelaki bukan muhrim lain sah sah kita akan memakai pakaian ikut kesesuaian dan keselesaan sendiri kan, jadi bayangkan kalau aku yang didapur sedang buat kerja tiba tiba datang adik beradik lelaki yang sedia ada kunci main masuk ke dalam rumah dengan aku yang tak menutup aurat sepenuhnya? lintang pukang aku masuk ke dalam bilik bila keadaan begitu berlaku yang mana hampir setiap hari (family suami semua duduk berdekatan).
Aku lama lama stress dan akhirnya aku banyak habiskan masa didalam bilik sahaja jika keadaan begitu berlaku. Terus terang aku tiada kebebasan dirumah sendiri dan kadang kadang rasa nak lari sahaja dari rumah tapi memandangkan itu rumah aku sendiri jadi nak lari ke mana pula.
Itulah sahaja serba sedikit luahan aku, aku tahu aku akan dikecam kerana masalah aku bukan berat sangat dan perlu bertolak ansur dengan keluarga suami. Aku faham suami kena jaga maknya itu tanggungjawab dia tapi mungkin perlu letak sempadan antara hidup aku dan mertua. Aku tak kisah jika suami jaga emaknya 24jam tanpa kami iaitu aku dan emaknya perlu hidup sebumbung.
Aku juga boleh saja jaga mertua.. masakkan untuk dia.. basuhkan baju dia setiap hari sehingga habis nyawa tapi itulah aku tak boleh tinggal bersama dalam tempoh yang lama sebab aku betul betul tak boleh.
Adik beradik perlu berbincang.
Dia dan adik beradik dia perlu berbincang bersesama bagaimana hendak menjaga emak mereka bersama2 bergilir gilir atau letakkan seorang pembantu rumah di rumah mak mereka yang kini kosong sebab mertua tinggal dengan aku sekarang. Rumah kami ditaman yang sama cuma dijalan yang berlainan. Adik beradik yang lain aku lihat tak ada bersuara pula ingin jaga emak mereka walaupun mereka juga tinggal berdekatan.
Sudahnya semua bertunggu bertangga dirumah aku sebab emak mereka tinggal disitu. Pembaca yang budiman mungkin kata aku sejahat menantu tapi aku terpaksa berterus terang aku tak boleh hidup begini yang mana privasi aku sudah langsung tiada. Aku sanggup berulang alik kerumah mertua setiap hari pagi petang siang malam berbakti pada dia asalkan aku masih ada sedikit privasi dirumah sendiri.
Moga Allah swt ampunkan aku hambanya yang amat lemah dan pendosa ini.
Jom kita lihat apa kata netizen :
Syafina Zul –Sy memegang prinsip utk diri sy, emak dan bapa tiada hak mengatur rumah anak menantu. Prinsip ni bukan suka2, tp diajar bg memastikan keharmonian dlm rumahtangga.
Nik Nur Raidah –Please bincang dengan suami sis..jgn pendam seorg diri.. menantu selamanya akan jd menantu, takkan pernah dianggap anak perempuan..sebab tu ada pepatah kata jauh bau bunga, dekat bau tahi.
Alicia Goldstone –Sis confessor, senang cerita. Klu x mampu nak berterus@terang dengan encik suami. Apa kata, screenshot kisah ni then whatsapp kat dier, “masalah kita sama dengan ni, bang”.
Nur Athirah Ahmad –Pagi tdi aku terbaca satu coretan dari org yg taw bab agama nie. Pasal hubungan adik beradik (ipar duai). Taw x sebenarnya xboleh berdua-duaan dgn ipar duai hatta di dlm kenderaan kerana dia adalah org asing yg ada batas aurat. Suami puan sepatutnya menjaga aurat puan. Dh rumah kita, kenapa nk bgi kunci kt org sdgkn rumah mak ada.
Xterbyg kita dok dlm bilik air tiba2 ipar masuk rumah tgk kita kluar bilik air. Kalaula setan tiba2 tabur garam. Ntahla apa yg jadi. Utk suami sis, cukup2 la bertanggungjawab sampai hati isteri disakiti. Nanti nk jwb depan Allah mcm mana. Aurat isterinya, hati isteri. Nk jwb dgn apa. Tanggungjawab pada mak boleh dilunaskan tanpa perlu abaikan tanggungjawab dan hak isteri.
Masni Azhari –Salam…pernah satu masa..aku ada bibik .. sebelum tu dia bekerja diarab saudi.. tugasnya hanya menjaga emak tua..mereka tinggal bersama anak lelaki..tetapi dibahagian lain rumah itu..ada bilik sendiri, ada dapur dan ruang tamu sendiri.
Makanan dimasak didapur utama dan dibawa masuk kebilik emak tua..waktu ptg anak dan cucu datang kebilik tersebut.. Itu yg terbaik sebenarnya..emak tak payah susah2 pergi kedapur..makanan siap hanya hantar kebilik..
E tua habiskan masa beribadat sahaja..
Kepada emak yg tinggal dgn anak ..biarlah anak menguruskan hidup mereka sendiri..kita tak payah masuk campur.. Lebih baik kita tumpu pada ibadat..
Tiya Smilove –Stupid sungguh la suami puan ni. Dia tak tahu ke boleh timbul fitnah antara puan & ipar lelaki tu? Panggil orang tukar kunci. Buat house rules baru & bincang dengan semua orang. Kalau susah bincang depan-depan, tubuhkan WhatsApp group…haa bertekak la kat situ sampai puas.
Pelik jugak, tak nak jaga mak tapi semakk asyik datang bertandang. Kalau dah camtu gayanya, elok bergilir-gilir jaga mak
Leo Ku –Memang tanggungjawab lelaki untuk menjaga emak bapa. Tapi dah berkahwin kan, perlulah adil kepada isteri. Tiada istilah emak hanya seorang, isteri boleh cari lain. Yang bangang je boleh cakap camtu. Sebagai seorang suami, kena berlaku adil. Jika nampak emak tidak berlalu adil kepada si isteri, cuba tanya kenapa. Kalau tidak boleh selesai berbincanglah dgn adik beradik lelaki lain. Jangan biarkan emak zalimi isteri, dan begitu juga sebaliknya.
– Ayunadira (Bukan nama sebenar) via iiumc
Reaksi warganet bila mil siang ikan dlm tndas.
Bella Redzuan – Memg haukk la kalau sy jd tt pun sy rela dok berasing dgn laki kalau kdaan rumah mil mcmtu,dapur xd sinki,basuh ikan kat toilet,sayur pun sama, mintak laki buat sinki pun laki takguna..kuali,periuk belanga..huarrghh..kemurrungan dbuat nye..kesian tt.
CiknNolie – sebenarnya apa pon bermula dari toilet…nak tgk org tu pembersih ke tidak tgk jela toiletnya pastu peralatan memasak. ..klu benda dua tu gagal maka gagal la yg lain..so tayah pelik.. hahahaha ramai je camtu..entah mana letak perasaan geli tu x tau..sumpah i don’t get it..lelaki ke perempuan ke pls la jaga kebersihan..n kena ada perasaan malu..that’s all.
Zara Dhia – Apa pun kebersihan itu penting ….rumah kecil tak pa janji bersih…sy pun seorang penggeli..satu ja kena rajin sikit ….rajin kemas, rajin basuh….insyaAllah.
Noraini Mohd Ismail – tak pyh nak tengok umah mertua.. sah2 org tu dah tua.. tak larat.. kawan2 aku bersepah.. muka bukan main lagi glowing.. sekali pergi umah.. toilet ya Allah berlenndir, dapur.. sinki penuh pinggan tak cuci. dalam hati aku, macamana la spnder dia pakai kan.. mesti penuh bintik2 hitam… eeee yek.. muka peloles… kebersihan hancur.
Rose Ungu – Ak pn penah gak kena situasi ni.. Menngis la jugak.. Asal balik umh mentua je dr ruang tamu sampi ke dapur penuh dgn sampah habuk semua.. Ak la yg mmbersihkn tiap kali balik umh mntua.. Lm2 ak dok.ctu skli gn mentua.. Ape lg…berubah semuanye sampi xberani la buat sepah dh adik beradiknye.. Sbb ak jenis geli geleman kotor2 ni.. Nk mask pn ak kena bersihkn dapur dulu br masak.
Sue Zakaria – Mmg ada org yg tak suke pada kebersihan!!! Puas kita bersihkan,dia ttp suka duduk dlm persekitaran yg kotor!! Yg paling best,bila kita bersihkan,kita pulak jadik musoh dia! Kn gituu Fea Hisham!
Akma MikhRif – Ex mertua aku dlu pn kurang bersih jugak rumah die, kt dapur xyah ckp la mcm mne sepahnye dgn dlm sinki penuh pingan kotor n sisa mknan. Tiap kli balik sana aku kemas la dapur tu, esok g sepah semula tpi aku ttap kmas. Cuma aku xtido sana sbb xselesa kn. Bile g umh mertua klu brsepah, kmas je ape yg patut. Xperlu nk kmas semua nk buat mcm umh sndri.. ex mertua aku tu baik sgt orgnye sbb tu aku xkisah bile balik kne kmas dapur yg pasti aku xyh masak.
Suriaty Hidaeki – Rumah buruk xpe..jnji bersih…benda nampak remeh..nampak mcm mengada2 je pmpn ni tapi yg alami..perghh.. perit jugak rasa..nak buat rmh jd bersih ni xsusah..yg pnth rajin no 1..dgn sikap..sikap ni..mak ayah kena ajar anak dr kecik..kalau mak ayah jns xamk.kisah ..biar rmh bselerak ..tuala hitam bekerak…anak2 membesar nti akan ikut..dan xamik port pn benda2 mcm ni.
Jgn la biar rmh smpai berlumut hijau bagai..kerah kudrat anak cuci rmh kemas..nak2 yg perempuan..lps masak..kemas blk dapur..lap minyak2 dkt dpur..lantai tu mop lps masak..sblm tdo mlm sental sinki bagi bersih..agak2 sudu cwn bdaki hitam ..sental..bangun pg2..kemas rmh…sapu mop rmh dlu..ni sapu sampah smgu sekali ape cite…allahuakhbarrr…jgn nak bg sis berleterrrrr…ni xpuas taip lg ni.
Herawati Basri – Ada gak yg kec4m..cuba letak diri tu sekejap dekat situasi tt,saya pasti ramai yg x sanggup dan akn rase benda yg sm.tt nk kemas pon mil x bg,so makna nya tt ada effort utk ubah tp x diterima oleh mil elok la sis duk berasing,pening nk hadap perangai mil sebegitu rupa.
Norol Awang – Korg kecam la tp aku fhm situasi dia. Jenis penggeli ni. Mcm aku la. X blh tgk menda cmtu, tiba2 rs kotor wlpn org lain rs ok. Sama kt kedai mkn. If tertgk je menda x berkenan, trs rs nk muntah. Loya tekak. Klu cmtu, pindah la. Duk sndr. Cr rumah yg lbh selesa.
Sumber: krt / iiumc
0 Ulasan