Assalamualaikum semua.. Thanks admin siarkan coretan Kaklong. Let’s me introduce myself. Saya Kaklong kepada 4 beradik yang semuanya perempuan.
Tiga yang atas telah pun berumahtangga. Cuma berbaki adik bongsu Kaklong yang comel tu je. Doakan dia dapat jodoh yang baik ye.
Cerita ni pasal mak Kaklong… Kaklong sangat rapat dengan mak Kaklong dari kecil lagi. Bagi Kaklong emak adalah idola Kaklong. Baik lembut dan sabar orangnya.
Cuma lepas abis Universiti, Kaklong terperasan yang mak Kaklong ni selalu lebihkan adik2 Kaklong sampai Kaklong ada rasa mak ni pilih kasih orangnya.
Kaklong bagi contoh ye, kalau masa raya sebelum2 ni, kalau semua berkumpul, dua bilik paling ok mak akan reserve untuk adik2 akak long yang dua orang tu walaupun Kaklong yang balik dulu.
Kaklong perasan mak akan cakap, angah balik, bilik tu angah suka pakai, alang pun balik, bilik tu alang suka pakai.
Dengan cucu2 pun mak banyak main dan tumpu anak2 angah dan alang. Mak juga akan masak ikut menu apa yang angah dan alang suka. Seolah2 Kaklong takde teringin apa2 je.
Pernah sekali Kaklong balik minggu ni, mak masak biasa je. Minggu depan mak angah balik, menu mmg istimewa. Alang balik pun best2 juga.
Ni mak sendiri cerita masa borak2 dengan Kaklong masa Kaklong call.
Kaklong mula jadi heran. Birthday yang lain2 mak akan usaha bagi hadiah, tapi untuk Kaklong selalu mak lupa atau akan kata along mak tak reti nak beli apa. Senang kata memang takdelah hadiahnya.
Kaklong bukanlah nak hadiah dari mak, dan bagi Kaklong tak perlu pun, tapi bila angah dan alang dapat Kaklong jadi cemburu juga lah. Hehehehe…
Kalau untuk ucu Kaklong faham sebab dia masih bujang dan tinggal dengan mak.
Kalau ikut pendapatan pula, kami tiga beradik hampir sama je income. Tapi Kaklong boleh bagi sebulan RM2k untuk mak Kaklong. Adik2 Kaklong bagi sekitar 1k.
So Kaklong rasa duit bukan lah faktor pilih kasih ni kan…
Perasaan kecik hati Kaklong makin melarat. Kaklong jarang nak balik bila semua berkumpul kecuali masa raya itu pun Kaklong susun jadual bagi jumpa tak lama.
Kaklong selalu bagi alasan sibuk tak boleh join family vacation (Tahun2 sebelum c0vid). Kaklong tak mampu nak tenang bila mak ketara lebihkan adik2 Kaklong.
Kalau Kaklong call mak, katalah masa tu angah atau alang call, mak akan cakap nak jawab panggilan mereka.
Pernah Kaklong call mak tak jawab, bila mak call balik, mak cakap tengah borak dengan angah. Ya Allah, rasa nak nangis sangat.
Soal tolong di dapur, memang Kaklong lah orang kanan mak. Angah ni rajin juga orangnya tapi part kemas rumah lah. Alang out, satu kerja dia tak buat. Dia suka tidur je.
So, Kaklong sebenarnya tercari2 apalah salah silap kalong sampai mak membelakangkan Kaklong.
Sampailah satu hari Kaklong luahkan kat ucu perasaan Kaklong. Nak luah kat mak, Kaklong memang tak mampu. Sebab Kaklong tak nak mak sedih.
Hubungan Kaklong dengan mak baik sangat walaupun Kaklong kecik hati dengan mak. Mak tak tau pun sebenarnya yang Kaklong sedang berkecil hati.
So masa berbual dengan ucu semua Kaklong luahkan. Sedih Kaklong, sakit hati Kaklong. Malah Kaklong sampai cakap Kaklong tak redha dengan apa yang berlaku.
So cerita dari sisi lain yang ucu kongsi adalah, mak sayang Kaklong paling banyak, mak cakap Kaklong je boleh mengalah dalam semua hal.
Kaklong je faham adik2 dia tak suka mengalah untuk nak bilik yang best tu. Kaklong balik tak merengek2 nak makan itu ini sebab tau mak penat.
Kaklong je tak pernah ungkit tak dapat hadiah. Kaklong rajin tolong mak.
Kaklong tak pernah tunjuk muka kalau mak tak main dengan anak2 dia. Malah Kaklong selalu mengalah bila adik2 call.
Mak kesian kat Kaklong tapi mak tak tau macam mana nak balas balik kebaikan2 yang Kaklong buat. Mak cuma boleh doakan Kaklong dilindungi Allah. Semoga Kaklong sentiasa bahagia.
Allahu, memang banjir lah Kaklong nangis kat restoran tempat Kaklong jumpa ucu. Takde sengan2 dah. Dalam Kaklong rasa tak redha, rupanya mak rasa Kaklong adalah anak yang paling memahami.
Ya Allah jauhkan aku dari rasa rasa syak wasangka ini. Moga2 dengan sikap diam Kaklong akan sentiasa menggembirakan hari insan yang telah melahirkan kami semua Ya Allah.
Kalau Kaklong tak cerita rasa hati Kaklong kat ucu, ada juga Kaklong jadi anak drhaka tak nak balik rumah mak.
Bak kata ucu, mak sampai cakap,
“Anak2 semua lain2 sikap, mak sampai tak tau nak layan macam mana. Silap layan, nanti anak2 tak balik rumah pula. Bila dah besar2 macam ni, mak pula kena tagih sayang dari anak2, bukan anak2 tagih kasih mak”.
InsyaAllah mak, Kaklong akan terus bersabar ye mak. Sayang mak… Betul lah mengalah bukan bererti kalah, Kaklong menang dalam menyenangkan hati mak
Reaksi warganet.
Nur Fatiha – Kak long orang yang sangat tabah teringat pula diri sendiri pun kak long tak tau boleh setabah kak long atau tak.semoga kak long diredhai & dilindungi Allah swt setiap masa.
Zie Sakura – I love the last sentence hidup kaklong!! Moga terus dimurahkan rezeki dan kuat emosi. hai kak long. Sy kak long juga,utk 4 org adik yg kesemuanya lelaki.. dan selalunya sy je la yg kena bahan sbb slow tangkap joke org lelaki.emmmmmmmm.
Shikin Ilyas – ingatkan tadi along nak minta nasihat atau kata2 merawat luka, rupanya plot twist.. kita pulak yg dapat pengajaran dgn sudut pandang berbeza daripada seorang mak..tq kak long.
Zuana Omar – Harap ucu sampaikan juga rasa hati kak long pada mak.Mak tau apa kak long rasa tapi mak take for granted saja perasaan kak long,itu tetap sesuatu yg tidak patut.
Ummi Kalsum Hassian – Moga2 ketabahan kaklong akan Allah ganti sebaik2 ganjaran di dunia mahupun akhirat… amin… kesian juga kat mak kaklong… serba salah.
Rohafiza AR – Hai kaklong, mmg kadang2 ada khilaf terlupa ibu bapa dgn anak si sulung yg selalu mengalah. Perhatian lebih banyak pada adik2 yg mungkin ada lebih masalah. Takpa kaklong, syukurlah sbb selalu dlm posisi dpt membantu. Cari kebahagian dgn cara sendiri, travel, keluar dgn kawan2. Maksudnya kebahagian bukan hanya pada ibu, tp seluruh dunia ini ada sahaja yg boleh gembirakan awak. Jadilah si mudah syukur dan gembira.
Mie Hamzah – Aku pun along..mak ayah aku pun sama gak. Aku sangat2 diajar berdikari sampai masuk sek men pun g daftar sendiri. Sebab aku perasan mak ayah aku train aku sebagai mak ayah adik2 nnt. Mak ayah aku train aku supaya nnt aku boleh jaga adik2 aku. Tu yg aku perasan lah. Maybe mak confessor pun mcm tu. Untuk aku bagus gak sbb aku boleh je hidup sorng2 sekarang campak hutan pun takde hal.
Sya Nysya – Dulu selalu juga kecik hati ngan arwah mak, apa2 sume keja rumah kena buat tapi adik relaks aje. Mak asyik suruh saya aje. Tapi bila saya jadi emak baru saya faham, selagi seorang anak dpt melakukan keja ngan cepat dan bagus maka anak tulah yg mak harapkan. Harap arwah mak ampunkan dosa saya yg selalu rasa dianaktirikan.
– Kaklong (Bukan nama sebenar) VIA IIUMC
0 Ulasan