Saya terduduk diam ketika menerima wasiat. saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat membantu cukup untuk membayar hutang suami pun dah memadai.
Pengajaran pada sang suami. Aku isteri. Anak 5. Telah kem4tian suami setahun lalu. Aruwah suami bekerja Ofshore. Gaji mencecah 20k setiap bulan. Keuarga kami bahagia mempunyai 5 anak kan. gado tu biasa.
Saya bekerja. Pegawai di Pejabat Perikanan. Gaji saya mencecah 5k. Rules perbelanjaan kami, barang saya, saya beli sndiri kerana saya ada pendapatan sendiri.
Dan sepanjang suami tiada sebulan bekerja, saya akan menanggung semua. suami bekalkan bayaran bulanan cuma tak ade la memenuhi keperluan sebulan. tapi, saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik2nya.
Berbalik pada selepas kepermegian aruwah suami saya, tidak disangka suami saya mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya.
Untuk saya isteri dapatlah savingnya yang tak sampai 10k Saya terdiam ketika menerima wasiat. saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat membantu cukup untuk membayar hutang suami telah memadai.
Satu2 pihak bank datang. menyatakan hasrat mengutip hutang..Mashaallah hutang suami saya mencecah 300k (credit card, pinjaman, kereta, rumah dll).
Dengan apa saya mahu bayar sedangkan insurans dan wasiat suami, untuk anak, perlu berumur 18 tahun. saya terduduk..Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang2 aruwah dan hutang saya sendiri.
Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak2. Saya cuba menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya.
Bukan tidak dibagi tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak2 sekolah, makan minum apatah lagi hutang. saya begitu sedih. Apa yang tidak disangka, ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya,yang disanjung suami, syurrga kepada suami saya, tak disangka bersifat demikian. tidak berlaku adil.
Jawapannya, ibu mertua perlu menanggung bapa mertua tak bekerja dan anak2 yang masih sekolah (adik suami). Sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak saya. Saya tak nak gadohkan. saya begitu sedih. saya perlu hadap dengan anak. Anak kecil saya terpaksa putus susu. Terpaksa disekolahkan disekolah biasa.
Makan apa yang mampu. Barang rumah banyak dijual. Emas saya apatah lagi.Selepas kejadian,keluarga suami lebih menyepi, mungkin takut saya menuntut lebih,saya dah redha.
Saya percaya rezeki Allah itu pasti.Saya berserah pada Allah.Biarlah mereka yang bersalah terima balasannya nanti.Walhal, adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa2.
Tapi masa inilah,mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya. Selepas saya kebuntuan, saya menurut kata rakan-rakan sepejabat, saya terpaksa berdaftar ke AKPK, walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya. Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak2 saya.
Saya membayar sepenuhnya hutang suami. Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, meehoon, biskut, susu, pampers, telur. anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari2 perlu makan telur. Itu je saya mampu.
Untuk sang suami di luar, tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama yang menjaga dan mnguruskan anak. Fikirkan nafkah mana perlu didahulukan. apatah lagi waktu suami sudah tiada.
Jangan biarkan isteri menanggung hutang. cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan aruwah tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana.
Saya tetap sayangkan aruwah suami saya itulah syurrga saya.
Reaksi warganet.
Kayanne Abdul Halim – Inilah hakikat..bila seseorang meninggal dunia..manusia hanya memikirkan berapa banyak harta yg ditinggalkan…kelangkabut tuntut apa yg difikirkan hak
Hanya mengira harta peninggalan untuk dibahagi2..tapi lupa jumlah hutang yg ditinggalkan..tak pula dibahagi sama rata..trpaksa la anak isteri tanggung sampai ke akhir hayat..bertabah lah si isteri.. harta benda boleh nampak..hutang mmg org tak nampak dan kdg2 buat2 tak nampak..huhu.
Aisyah Nur Benson – Ikut hukum islam harta peninggalan suami harus di faraid.wasiat tersebut rasanya boleh dicabar di mahkmah syariah.kalau salah tolang hetulkan.
Leya Baser Cha – Kwsp tu hanya penama sahaja..Org yg akn menguruskn pembahagian.. Kwsp x guna sistem hibah.. Kna ikut faraid.. Kna faham tu.. Sbb sye ada baca komen yg dia dah rasa snang kwsp ats nma dia… Itu just penama sahaja.. Beza dgn hibah ye.
Zahasla Nur Aarissa – Laki ni m4ti xigt hutang…ehh…kalau bni jahat..labtak ko la dlm.kubur…hutang ke apa..tapi isteri yg setia yg syg suami…dia ttap mmbyr hutang …itulah pengorbanan isteri…moga allah permudahkan urusan puan sekeluarga..di murah kan rezeki puan dan anak2.
Eshah Awang – Msna boleh hutang suami wajib dilangsai dulu wang yg berbaki tulah yg patut di bahagi ikut hukum faraid.pergi kemajlis agama lah puan supaya penagihan adil ikut hukum Islam.
Giey Alan – Wasiat boleh dicabar di mhkamah kecuali hibah..utk wasiat boleh upah peguam utk lawan dkt mhkamah..tuntut utk settlekan hutang arwah dan pembahagian secara faraid.. itu yg terbaik.
Nor Rasyidah Ithnin – Inilah hakikat.. bile suami pk.. isterinya akan bkahwin lain bile dia xde nti.. jd harta2nya isteri xyah diberi.. tkot bini senang lenang hdup.. sempit sgt pmikiran.. xtahu nk ckp.. tp tula hakikatnya.
klu xnk isteri tu senang bile dia xde nti..jgn la ditinggalkn mbebani hutang plak.. mse hdup pun serba serbi x ckup diberi.. elok hutang2 tu wasiatkn skali pd spe harta tu diberi.. nk harta amik la skali ngan hutang2.
Gadieyz Niesya Anis – Tak mau cakap dulu la. Kadang para suami memang akan sentiasa fikir syurga di bawah kaki ibu dan kita isteri pun tau. Tp kalau suami x tinggalkan utk isteri dan anak2, mcm mana kehidupan mereka selepas tu anak beranak.
Dalam kisah ni pun isteri nya bergaji 5k sebulan , kalau ada isteri yang hanya suri rumah . Ya Allah. Tuhan saja yang tau. Semoga kita semua dilindungi Allah . Amin ya rabbi.
Nik Giee – Something wrong je dgn confession ni.. klau btul suami da buat Wasiat.. kenapa pihak bank mai tuntut lagi hutang? Biasanye bila buat wasiat pentadbir akn jelaskan segala hutang aruwah dahulu sbelum agihkan harta.. dan harus ingat Wasiat akn terbatal jika waris faraid tidak setuju pembahagian harta.
Sumber; KRT
0 Ulasan