Laman utama RUMAH TANGGA Hati seorang suami dapat rasa ada yang tak kena, satu hari isteri tertinggal handphone yang biasanya dia bawa kemana mana, luluh hati baca perbualan dengan boss dia bila ada sebut ` check in `
Hati seorang suami dapat rasa ada yang tak kena, satu hari isteri tertinggal handphone yang biasanya dia bawa kemana mana, luluh hati baca perbualan dengan boss dia bila ada sebut ` check in `
by -
Admin
on -
April 07, 2021
Assalamualaikum, Sejak terbaca satu cerita dari IIUM
Confession, saya terpanggil bercerita yang terbuku di
hati sekian lama.
Saya Adam (bukan nama sebenar) berkahwin selama 8
tahun. Perkahwinan mana yang tak di landa badai,
susah pada permulaan kahwin tapi masih tetap
usahakan permintaan bekas isteri walaupun ikat perut.
Saya berc.erai kerana bekas isteri TIDUR serta bercuti
bersama bosnya di tempat kerja pada ketika itu bosnya
berjawatan hanya timbalan ketua pegawai eksekutif.
Berapa lama mereka sk.andal saya tak pasti berapa
lama, mungkin bertahun?
Bekas isteri saya namakan Salina (bukan nama sebenar)
bekerja dalam agensi kerajaan
Sepanjang berkahwin saya usaha sediakan rumah yang
selesa, minta dekorasi sehingga habis ratusan ribu serta
kereta mewah untuk dia pakai pergi kerja (dibeli ketika
saya mempunyai rezeki lebih) saya berkerja sendiri.
Duit gajinya saya tak pernah sentuh. Kepercayaan yang
saya beri di balas dengan kekecewaan, perkahwinan
kami tidak dikurniakan cahaya mata.
Mungkin dalam diam dia mengambil pencengah
kehamilan (mungkin) sebab Salina seorang yang jenis
suka make up tebal bergaya untuk menunjuk kepada
orang ramai.
Dia gemar akan pujian, tayang kemewahan pada orang
lain, berlumba lumba dengan kawan kawan baiknya
siapa kaya siapa mewah, siapa up to date.
Nafkah zahir batin memang sudah lama tak diberi
kerana dia menolak (mungkin sebab dah dapat dengan
skandal iaitu bosnya ketika itu). Saya seorang yang
berkerja untuk menyenangkan family dan isteri tidak
sangka perkahwinan jadi macam ni
Hati seorang suami dapat rasa ada yang tak kena, satu
hari dia tertinggal Handphone yang biasanya dia bawa
kemana mana, entah macam mana bayangan no
password Handphone berlegar di mata.
Saya tidak tahu password handphonenya, saya try buka,
boleh buka pula, mungkin ALLAH nak tunjuk agaknya
Saya terus mengunakan whatapps clone untuk copy QR
code, luluh hati bila baca text bekas isteri bersama
lelaki lain bercerita soal kejadian dalam hotel,
bers.etubuh pagi sebelum pergi kerja, cerita macam
sepasang suami isteri.
Mereka check in sudah banyak kali, belum lagi h.ura
h.ura dengar dia main dalam kereta yang saya beri
pinjam untuk bawa kerja. (masa ni saya dengar orang
bercerita tapi saya tak ambil serius)
Sepanjang jadi isteri dia tidak pernah melakukan
tanggungjawab seorang isteri, buat kerja rumah bila dia
rasa nak buat sahaja, masak kalau dia rasa nak makan
sahaja, setiap hari kami makan di luar begitulah rutin
selama berkahwin.
Saya bawa dia bercuti kemana saya dia mahu bahkan ke
Eropah, apa saja dia minta saya beri tetapi tiada layan
batin diberi, saya husnuzon tidak pula saya mencari
wanita lain kerana saya sudah ada isteri, tidak pernah
terkir untuk ada perempuan lain.
Selepas kes k.antoi saya foward semua conversation
whattapps dia bersama skandal iaitu bossnya, dia
melutut n.angis teresak – esak.
Dia t.ipu saya, kata pergi outstation tetapi check in
HOTEL depan rumah, (dari rumah dah nampak gah
hotel) siap ambil cuti beli MC klinik berdekatan rumah
(k.antoi saya jumpa resit tarikh pada dia kata
outstation) masa ni saya buat macam tak tahu apa- apa.
Saya still baca whatapps clone, dia tak tahu yang saya
boleh baca, Saya buat perancangan, saya kata pada dia
saya akan kerja luar daerah, dia terus beritahu s.kandal
dia bahawa suaminya (saya) akan kerja luar mereka
terus BOOK HOTEL.
Sepanjang saya kata saya kerja luar mereka tidur di
hotel, saya pergi ke hotel yang mereka book (dapat tahu
dari perbualan whatsapp yang sudah di clone)
Kereta saya yang di pakai oleh bekas isteri dan
Skandalnya itu ada parking di basemen saya tunggu
sampai tengah malam..
Sebenarnya saya cakap saja pergi outstation tapi ada
saja tidur di rumah. sebab tahu dia akan check in, Saya
buat laporan polis tetapi hotel tersebut tidak
membenarkan mengganggu guest, HOTEL PUNYA SOP
kerana PRIVACY.
Saya whatsapp dia macam biasa, katanya penat, ye la
penat 10 kali round bersama skandal minta tidur awal,
paling saya tak boleh terima dia siap ajak sk.andalnya
datang raya di rumah terbuka Masa ni mak dia ada tidur di rumah, siap jantan tu
hantar pada bekas janda saya “macam mana la satu hari
nanti I ganti husband u pula” husband u dah la ada
rumah..
Ketika ini saya dah tahu ke.curangan dia. Tapi dia tak
tahu lagi saya tahu, pedih simpan lama lama ni.
Dalam whatsapp mereka siap nak tebus talak lagi 2 juta,
tapi saya dah c.eraikan sebelum tu lagi.
Buat pengetahuan pembaca, bekas isteri saya ni janda
juga sebelum saya kahwin dengan dia. Family dia
macam seolah olah tutup mata anak tidur dengan
jantan lain walaupun ada suami, siap suruh saya
bertenang.
Oh lupa family dia banyak juga saya berabis buat rumah
family dia, saya rasa dia tak nak bercerai t.akut nanti
susah pula nak show off dengan orang kampung,
Sebelum tu adik beradik dia semua sama saja p.erangai,
tinggal bini lain, berc.erai lain, mungkin keturunan dia
asal usul begitu.
Dia macam play vi.ctim, tak mengaku c.urang, sampai
dia goda saya ajak main, ini silap saya termain ye la dan
berbulan bulan menahan,
Selepas itu skandal dia boleh call, pergi la cek air m.ani
sapa ada, ouh itu perancangan dia. Tak sangka sekeji
itu, masa tu saya dah failkan penc.eraian. Banyak
sangat drama dia buat.
Padahal bukti dah ada, dia mengaku dia c.urang katanya
C.URANG TU TAKDIR, TAK KAN JADI KALAU ALLAH
TAK IZINKAN, saya tak tahu la b.odoh dia tahap apa
tentang agama.
Semua video pengakuan dia c.urang, whatsapp dia
semua saya simpan. Selepas berc.erai dalam EDDAH dia
cuba untuk pujuk, goda saya tak layan sebab tahu taktik
dia.
Habis tempoh eddah, dia tuntut harta sepencarian, buat
pengetahun dia tiada sumbangan apa apa dalam harta
saya mahupun rumah atau kereta, segala muka rumah
dekorasi dan kereta saya beli cash menguna duit saya.
Saya tahu dia layak tuntut tapi masih keadaan tak sedar
diri tiada sumbang langsung atau tak langsung.
Tidak layan saya selayaknya suami, masak untuk
sk.andal bawa ke ofce, saya suami ketika itu, makan
lebihan yang di masak untuk sk.andalnya, tapi untuk
suaminya tidak.
Saya laporkan kepada pihak intergirity tempat mereka
berkerja, tapi mereka memilih untuk tidak diadakan
soal s.iasat dalaman.
Mereka meletakan jawatan kerana pekara ini heboh di
pejabat mereka. Tapi saya pelik janda saya ni memang
jenis tak tahu malu, boleh buat macam tak da apa
berlaku. Mungkin dah biasa dari dulu kot dengan laki
dulu sebelum saya. Mungkin ?
Dia menakan dia c.urang sekeras kerasnya, mungkin
dia lupa semua pengakuan dia masa nangis teresak
esak, whatasp saya, video merayu siap tayang d.ada
suruh saya balik. Masa tu dalam process penc.eraian.
Dia siap cakap tak kan tuntut apa apa. Tapi sebab saya
ce.raikan dia sebelum waktu yang dia rancang dengan
ska.ndal dia, mungkin dia jadi dendam. Mungkin? Tapi
ambil la 2 juta kata nak tebus talak tu. Nak harta saya
buat apa.
Saya lepaskan free dah tu.. jangan ganggu saya lagi dan
pulangkan hak saya duit, kereta semua la yang dia
ambil. Semua barang saya beli dia c.uri dan ambil masa
masuk rumah.
Selamat saya balik awal kalau tidak semua dia punggah.
Barang dalam rumah saya beli cash semua duit saya
sendiri, oh lupa facebooknya pun masih tak delete
gambar saya. Mungkin nak orang tahu dan nampak
macam saya c.urang. Mungkin kot?
Saya tak kisah dia nak jual badan dengan siapa pun
sekarang, saya cuma nak hak saya sahaja, dia kan selalu
cakap, dia ramai orang puji cantik, bijak.
Saya rasa dia boleh saja cari lelaki kaya. Tu pun kalau
ada memandangkan umur pun bukan muda lagi. Dia
rasa diri boleh jual lagi. Jadi pulang saja semua apa yang
bukan hak dia.
Dia rasa dia terlalu cantik kot tapi hakikat perkahwinan
lebih dari tu, tapi ye la kan dari kahwin perempuan dah
nak monopos baik orang kaya ni cari muda muda
bergetah.
Untuk lelaki luar sana kalau nak kahwin, selidik latar
belakang keluarga, pasangan kita macam mana, ini silap
saya, dia janda pun saya tak pernah tanya sebab apa
berc.erai, sebab kir tu masa lampau dia. Rupanya tu
la.. perangai macam j.lang sapa saja tahan.
SAYA TIDAK HALALKAN DUNIA AKHIRAT APA YANG
DIA DAN KELUARGA DIA MAKAN DARI DUIT SAYA.
TITIK PELUH SAYA SELAMA INI. Dengan orang
kampung mungkin la dia boleh ti.pu, tapi bukan
ALLAH, dia boleh buat cerita berkenaan saya, tapi
kebenaran tu ada.
Inshaa Allah kebenaran akan menenggelamkan
kebatilan. Pelik orang sebegini, cu.rang, mengaku ada
jantan lain duduk dalam satu bilik hotel (ni ada
pengakuan dari dia melalui text) tapi bila dalam
mahkamah semua tak mengaku.
Mohon pembaca doakan urusan saya dipermudahkan
nanti, di beri kebahagian dunia dan akhirat. Terima
kasih.
Yang benar,
– Jejaka Bukan Dambaan (Bukan nama sebenar)
Sumber IIUM via twoekisah
0 Ulasan