8 maut, kapal layar terbalik di tasik Laos

  Kapal layar terbalik di Tasik Nam Ngum di utara Laos semalam mengorbankan lapan orang. - Foto Xinhua

Kapal layar terbalik di Tasik Nam Ngum di utara Laos semalam mengorbankan lapan orang. - Foto Xinhua

MOSCOW: Lapan orang maut selepas sebuah kapal layar terbalik di Tasik Nam Ngum di utara Laos semalam, lapor Sputnik memetik laporan Agensi Berita Lao.

Kapal layar itu terbalik disebabkan angin kencang ketika berada 40 meter dari pantai.

Terdapat 39 penumpang di dalam kapal, 31 daripadanya berjaya diselamatkan.

Mayat semua mangsa telah ditemui. – BERNAMA


sumber: Berita Harian

Catat Ulasan

0 Ulasan