OAXACA, MEXICO: Tiga mayat anggota polis rentung ditemukan dalam kereta yang terbakar di selatan Mexico, Sabtu lalu, menurut pegawai penyiasat.
Pejabat Pendakwa Raya memberitahu mangsa adalah Pengarah Polis Perbandaran San Pablo Coatlan dan dua orang bawahannya, yang diserang ketika mereka berada dalam kereta peronda di jalan luar bandar di selatan negeri Oaxaca.
Lokasi kejadian adalah kawasan yang dipenuhi dengan keganasan berikutan persaingan antara geng dalam penanaman ganja dan pertikaian pemilikan tanah pertanian.
Lebih 300,000 orang dibunuh di Mexico sejak kerajaan mengerahkan tentera untuk memerangi penyeludupan dadah pada 2006, menurut pihak berkuasa, yang mengatakan kebanyakan pembunuhan itu berkaitan dengan keganasan kumpulan.
Khamis lalu, polis menemui mayat lapan lelaki yang dipenggal di jalan luar bandar di negeri Michoacan. - AFP
0 Ulasan