22 bekas tentera dipenjara seumur hidup

 Tentera memegang mesingan berkawal di luar mahkamah ketika perbicaraan terhadap 497 bekas tentera yang terbabit dalam cubaan menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada 2016. - Foto AFP

ANKARA: Mahkamah Turki hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 22 bekas tentera yang terbabit dalam cubaan menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada 2016, kata salah seorang peguamnya kepada AFP.

Dalam perbicaraan terbaru yang dilangsungkan besar-besaran, mahkamah Ankara menjalankan siasatan terhadap peranan 497 bekas tentera termasuk anggota pengawal presiden yang gagal dalam cubaan menggulingkan Erdogan.

Ia susulan tindakan keras dan tangkapan politik terhadap pemberontakan kilat pihak tentera yang menyerbu stesen penyiar televisyen utama Turki, turut memaksa syarikat media berkenaan membacakan kenyataan dari pemimpin junta tentera.

Salah seorang peguam presiden menunjukkan dokumen mengenai keputusan hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 22 anggota tentera berpangkat kepada AFP.

Ia termasuk bekas leftenan kolonel, Umit Gencer, yang dihukum kerana melanggar perintah perlembagaan dengan memaksa stesen televisyen TRT membaca pengisytiharan kudeta.

Selain itu, mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas jeneral, Fedakar Akca kerana mengetuai pasukan dari rejimen ke markas kakitangan am pada malam itu, lapor agensi berita negeri Anadolu.

Catat Ulasan

0 Ulasan