
Pemandu teksi, bas, dan E-hailing di seluruh negara boleh menyemak bantuan one-off yang diumumkan oleh kerajaan sebanyak RM500 menerusi GERAN KHAS PRIHATIN
Pemberian bantuan ini dilakukan bagi membantu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
PROSES PERMOHONAN
Permohonan Bantuan GERAN KHAS PRIHATIN bagi pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing akan dilakukan oleh syarikat operator atau syarikat pengendali kenderaan tersebut.
Ini bermakna, para pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing tidak perlu membuat permohonan dan bantuan tersebut akan diberikan kepada mereka.
CARA MEMBUAT SEMAKAN
Untuk membuat semakan kelayakan, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing boleh membuat semakan melalui langkah-langkah berikut:

Layari laman web http://www.lpkpsabah.gov.my/lpkpsbh/gkp.php
Masukkan no kad pengenalan
Klik butang ‘CARI.’
0 Ulasan