PGA berkas lapan PATI Indonesia

 

Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih memberkas lapan PATI di Jalan Ban, Kampung Tok Muda, Kapar pada Rabu.
A
A

 BACA JUGA Bapa maut, anak cedera kereta bertembung lori

BACA JUGA PATI DITAHAN BUNUH PENYELIA LADANG

BACA JUGA Saya Cvma Nak Elk Hvjan. PDRM Berltahu Sbab Kenapa Brader Mot0rsikal Ini Kena Sman

BACA JUGA Kan Dah Kant0i, Nlat Nak Jadi Wrtawan Buat Llve. Sekali Abang P0lis Trafik Nampak

KLANG - Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih memberkas lapan individu warga Indonesia yang masuk ke negara ini secara haram di Jalan Ban, Kampung Tok Muda, Kapar pada Rabu.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan itu berumur antara 22 tahun hingga 55 tahun terdiri enam lelaki dan dua perempuan warga Indonesia.

"Hasil siasatan lanjut, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua mereka dipercayai masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Kapar untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Ujian saringan Covid-19 akan dijalankan ke atas kesemua suspek bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga petugas PDRM.

"Masyarakat diseru agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.

BACA JUGA PATI DITAHAN BUNUH PENYELIA LADANG

BACA JUGA Saya Cvma Nak Elk Hvjan. PDRM Berltahu Sbab Kenapa Brader Mot0rsikal Ini Kena Sman

BACA JUGA Kan Dah Kant0i, Nlat Nak Jadi Wrtawan Buat Llve. Sekali Abang P0lis Trafik Nampak

Catat Ulasan

0 Ulasan