Isteri Gigit Zakar Suami Kahwin Dua Sampai Putus

 


Sekadar gambar hiasan

Gara-gara berang si suami tidak pulang ke rumah, seorang wanita sanggup bertindak luar kawalan sejurus suaminya pulang selepas bermalam di rumah wanita lain.

Wanita yang dikenali sebagai Asifa Nakagolo, 38, dipercayai telah mengigit zakar suaminya yang baru sahaja pulang dari keluar malam di daerah Bugweri, Uganda Timur pada Isnin yang lepas.

Ingat curang dengan wanita lain

Foto: The Sun

Menerusi laporan yang dipetik daripada The Sun, Asifa yang sedang hamil memarahi suaminya dikenali sebagai Bashir. Sebaik tiba di rumah, si isteri bertindak menyerang suaminya tanpa sempat bertanyakan apa yang sedang berlaku.

Difahamkan, berlaku salah faham di antara mereka dan wanita ini, mempercayai suaminya telah bermalam di rumah perempuan simpanannya. Kini, bapa kepada sembilan cahaya mata itu, sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas zakarnya telah digigit sehingga putus sebelum disambung semula.

Bukan itu sahaja, mangsa juga mengalami kesan koyakan yang teruk di bahagian kemaluannya setelah digigit berkali-kali oleh isterinya sendiri. Namun apa yang mengejutkan apabila, si suami tampil menceritakan perkara sebenar bahawa dia tidur di rumah isteri keduanya yang juga sedang hamil beberapa bulan.

Isteri tidak tahu

Sekadar gambar hiasan

Rupa-rupanya, lelaki itu sebelum ini sama sekali tidak pernah memberitahu isteri pertamanya tentang perkahwinan keduanya itu. Susulan daripada insiden itu, lelaki itu dikejarkan ke hospital dan masih menerima rawatan berikutan kecederaan yang dialaminya.

Isteri kedua saya sedang hamil, itulah sebabnya saya tidur di sana dan pulang ke pangkuan Asifa di sebelah pagi. Tetapi sebaik saja dia ternampak saya, dia terus menyerang dan menggigit zakar saya sehingga putus dan cedera parah.

Jelas Doktor Suna, individu yang bertanggungjawab merawat Bashir menjelaskan, dia mungkin tidak dapat lagi melakukan hubungan seks sepanjang hayatnya berikutan kejadian itu.

Zakarnya tidak dapat disambung kembali kerana ia telah mati. Kesimpulannya dia tidak akan dapat melakukan hubungan kelamin seumur hidup. Dia akan membuang air kecil melalui tiub seumur hidup akibat kecederaan yang dialaminya.

Kini, pihak polis giat menjejaki suspek yang dipercayai telah melarikan diri.

Sumber: The Sun

Catat Ulasan

0 Ulasan