JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan disyaki didera pengasuh warganegara Thailand di bandar raya ini, pada 14 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata mangsa cedera pada badan dan mengalami pendarahan dalam kepala.
Katanya, pengasuh berusia 29 tahun itu ditahan pada hari sama.
"Kami menerima satu laporan mengatakan seorang bayi perempuan berumur enam bulan diisyaki didera oleh pengasuh warganegara Thailand.
"Mangsa mengalami kecederaan lebam dan bengkak kecil sebelah kanan badan serta pendarahan kecil di dalam kepala bahagian belakang.
"Mangsa kini dirawat di Hospital swasta dan dalam keadaan stabil.
"Tangkapan dibuat ke atas pengasuh iaitu warganegara Thailand yang berkahwin dengan warga tempatan bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
sumber: berita harian
0 Ulasan