200 polis Myanmar, anggota keluarga lari ke India

 Sejumlah anggota polis Myanmar melarikan diri ke India susulan rampasan kuasa oleh tentera. - Foto AFP

Sejumlah anggota polis Myanmar melarikan diri ke India susulan rampasan kuasa oleh tentera. - Foto AFP

ZOKHAWTAR: Sejumlah besar anggota polis Myanmar dan keluarga mereka telah melarikan diri ke India, menurut pegawai keselamatan semalam.

Seorang pegawai memberitahu AFP bahawa pihak berkuasa sedang 'memukul dan menyiksa' penunjuk perasaan.

Pihak berkuasa tentera Myanmar semakin bertindak keras terhadap penunjuk perasaan selepas merampas kuasa pada 1 Februari lalu.

Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh, menurut pakar hak kemanusiaan tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.

Menurut pegawai keselamatan, setakat semalam, 264 orang sudah melarikan diri termasuk 198 pegawai polis dan anggota keluarga mereka.

Salah seorang pegawai yang enggan namanya didedahkan, berkata beliau meninggalkan Myanmar untuk ke India kerana tidak mahu berkhidmat di bawah junta tentera.

Beliau percaya, jika beliau meninggalkan pasukan polis untuk bersama rakyat Myanmar, mereka akan dapat menumpaskan junta.

Pihak berkuasa India telah 'menolak' kemasukan lapan anggota polis dari Myanmar yang merentasi sempadan.

Seorang ketua kampung tempatan memberitahu AFP bahawa puluhan lain sedang menunggu untuk memasuki India. - AFP

BACA JUGA Rawatan Muka Semula Jadi, 100% Lebih Menyihatkan!

BACA JUGA PSU 3.0 ~ Permohonan Program Subsidi Upah & Semakan Status

BACA JUGA Cara Claim Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga 30 April 2021

BACA JUGA Bapa, anak maut dalam nahas 3 kenderaan


Post a Comment

Previous Post Next Post