Selain itu, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April 2021. Kerajaan berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi tersebut akan dapat meringankan beban pengguna.
1GB PERCUMA BAGI PERKHIDMATAN BERKAITAN PENDIDIKAN DAN PRODUKTIVITI

Memandangkan ramai rakyat Malaysia masih terus bekerja dan belajar dari rumah, dan selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek kerajaan, pembekal perkhidmatan mudah alih seperti
- Celcom Axiata Berhad (“Celcom”)
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”)
- Maxis Berhad (“Maxis”)
- U Mobile Sdn Bhd (“U Mobile”)
akan terus menyokong keperluan pekerjaan dan pembelajaran rakyat. Tawaran ini membolehkan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan produktiviti dan maklumat terkini.
CARA MENEBUS TAWARAN 1GB HARIAN INTERNET PRODUKTIVITI PERCUMA
Untuk menebus Tawaran 1GB Harian Internet, Klik pautan dibawah :-
Celcom
Terkini, tebusan bulanan diperlukan melalui MyDeal di aplikasi Celcom Life
Sebelum ini, bagi pelanggan Celcom iaitu pelan pascabayar dan XPAX (prabayar) serta Yoodo, pemberian data 1GB adalah secara automatic tanpa perlu memuat turun aplikasi ataupun SMS.
Untuk rujukan, klik link dibawah
https://www.celcom.com.my/personal/covid-19-support
Digi
Untuk menebus Internet Produktiviti 1GB percuma anda, tekan sahaja kod UMB di bawah:
- Prabayar : Dail UMB * 338 * 1 * 1 #
- Pascabayar : Dail UMB * 238 * 1 * 1 #
Untuk rujukan, klik link dibawah
https://www.maxis.com.my/en/campaigns/stay-home-stay-connected/
U Mobile
Pascabayar & Prabayar : Daftar hanya sekali sahaja & Automatik Terima Setiap Hari
- *118*6*7# untuk pengguna prabayar
- *118*6*7# untuk pengguna Pascabayar

Post a Comment