Wanita alami halusinasi, kesan jangka panjang dari Covid-19

a woman standing in front of a mirror posing for the camera: Setelah sembuh dari Covid-19, Aniruddha mengalami beberapa jenis penyakit dan masalah halusinasi. (Gambar Rawpixel)sembuh dari Covid-19, Aniruddha mengalami beberapa jenis penyakit dan masalah halusinasi. (Gambar Rawpixel)

Seorang wanita berasal dari India, menceritakan pengalamannya dijangkiti virus Covid-19 dan merasakan kesannya dalam jangka masa panjang.

Pada 18 Dis tahun lalu, Aniruddha Dutta, mengalami gejala alahan yang membuatkan hidungnya tersumbat. Dia kemudian cuba mengatasi masalah ini dengan mengambil antibiotik dan ubat anti alergi.

Tidak lama selepas itu, dia mengalami demam dan batuk yang teruk, namun tidak menduga itu adalah gejala virus korona. Malah, dia merasakan ubat yang diambilnya cukup kuat untuk meredakan sakitnya.

Hingga kemudian dia menjalani ujian calitan virus korona dan mendapati dia positif Covid-19.

Keluarganya terkejut lalu menghubungi doktor yang juga saudaranya. Tetapi doktor tersebut menasihatkan Aniruddha agar tidak panik dan mempersiapkan dirinya untuk segala kemungkinan.

Akhirnya, Aniruddha memilih untuk mengasingkan dirinya di rumah dan terus mengambil ubat yang disediakan.

Aniruddha turut menasihatkan mereka yang dikuarantin di rumah agar menyediakan thermometer, alat mengambil BP, dan oksimeter. Begitu juga dengan ubat-ubat yang disarankan oleh doktor seperti Vitamin C dan D, cetirizine, azithromycin, paracetamol, dan ubat batuk

Dia turut menyarankan pesakit selalu mendapat nasihat doktor dan tidak mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor.

Setelah 5 hari menjalani kuarantin di rumah, Aniruddha mengaku gejala ringan perlahan-lahan hilang tetapi dia merasa sangat lemah. Malah, dia pernah jatuh dan pengsan di bilik mandi selama beberapa waktu.

Pada hari ketujuh dan kelapan pengasingan kendiri, doktor menyarankan dia membuat imbasan dada (X-Ray) dan mendapati Aniruddha tidak memiliki tanda-tanda pneumonia. Tetapi, dia harus berehat selama 4 hari lagi.

Setelah sembuh, Aniruddha kemudian melakukan perjalanan kerja ke Qatar beberapa hari kemudian.

Waktu itulah Aniruddha merasa keadaannya sangat lemah kerana kesan jangka panjang virus korona.

Dia menderita masalah gastrointestinal parah, yang membuatkan dia cirit-birit hingga sedikit berdarah dan turut mengalami halusinasi.

Selain itu, dia juga terkena jangkitan saluran air kencing (ISK) yang memberikan rasa sakit apabila membuang air kecil, demam ringan hingga tinggi, dan masalah pernafasan parah.

Aniruddha kemudian dibawa ke hospital dan menjalani rawatan di ICU selama 11 hari.

Hasil rawatan tersebut menunjukkan Aniruddha mengalami penurunan berat badan sebanyak 12kg.

Dia juga sukar untuk berjalan, mengalami pembengkakan usus, bengkak pada tangan dan kaki serta hilang deria rasa.

Berikutan dengan pengalaman ngeri itu, Aniruddha menyedari betapa pentingnya untuk memakai pelitup muka bagi mencegah penularan virus Covid-19.


BACA JUGA penternak ditemukan lemas

Post a Comment

Previous Post Next Post