Kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran ditahan

a large ship in a body of water: Sebuah kapal tangki ditahan selepas didapati berlabuh tanpa kebenaran di barat daya Tanjung Gabang, Banting semalam. - Foto ihsan Maritim MalaysiaSebuah kapal tangki ditahan selepas didapati berlabuh tanpa kebenaran di barat daya Tanjung Gabang, Banting semalam. - Foto ihsan Maritim Malaysia
bhnews@bh.com.my

PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah kapal tangki yang disyaki berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 4.5 batu nautika barat daya Tanjung Gabang, Banting semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad RosliKassim, berkata kapal berkenaan ditahan sekitar jam 12.30 tengahari oleh kapal ronda Maritim Malaysia KM DANGA yang sedang melaksanakan rondaan rutin OP EHSAN di perairan Selangor.

"Kapal tangki ini dikesan sedang berlabuh tanpa kebenaran hasil maklumat daripada Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah (JLMWT) di luar batas Pelabuhan Klang.

"Kapal yang berdaftar di Panama itu dikendalikan 25 kru lelaki termasuk nakhoda yang mana kesemua kru berkenaan berusia antara 30 hingga 57 tahun.

"Kesemua kru adalah warga China dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Pelabuhan terakhir kapal ini adalah Singapura menuju ke Afrika Selatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan juga mendapati nakhoda kapal itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tunggu tanpa kebenaran dari Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mohammad Rosli berkata, perintah penahanan ke atas kapal berkenaan sudah dikeluarkan dan dua kru kapal itu turut dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

"Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Selangor.

"Pengusaha perkapalan atau pemilik kapal serta ejen dinasihatkan untuk memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia sebelum melabuhkan sauh dan mengikut peraturan untuk melakukan sebarang aktiviti di perairan Malaysia," katanya.

BACA JUGA geram sebap salah serbuk

Post a Comment

Previous Post Next Post