Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Bapa mertua penah marah dan tak bagi jumpa dengan bomoh tu lagi, tapi yang mak mertua ni still degil dan dia akn jumpa secara senyap senyap. Pagi kejadian bomoh tu datang rumah, sy ada dalam bilik dan bila sy turun mereka dh keluar.
Maid yang ceritakn segalanya. Makanan yang mak mertua beli maid ambil buang, dia cakap jangan makan. Pelik jugak mak mertua memang tak akan beli breakfast untuk sy pun. Tiba tiba beli, dan banyak kali dia tanya maid, saya makan tak makanan yang dia beli tu.
Wallahualam tak tahu la sebab apa. Punca ni la yang merisaukan saya, mungkin mak mertua bole baca kot dari raut wajah saya yang saya marah dengan perbuatan dia bawak balik bomoh. Dia kata saya buat muka dkat dia. Ok.. nak dijadikan cerita keesokkan harinya suami saya kena panggil
masuk bilik parents dia untuk berbincang, tanpa pengetahuan saya. Mak mertua cakap yang saya ni dah buat black magic kat suami supaya suami tunduk dekat sy. Dia jugak cakap selalu nampak kelibat saya dalam rumah tu, padahal saya ada dalam bilik. Macam macam lagi yg dia burukkan sy.
Mungkin dia nak cuba pusing cerita, sebab dia dah terkantoi bwak balik bomoh dkat rumah. Suami sy pulak macam biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Suami dah lali dngan perangai mak dia sbenarnya, dah banyak kali berbincang dan asyik ckap benda yg sama.
Parents dia pesan dekat suami jangan beritahu saya. Saya tak tahu apa apa. Esok harinya bermula kisah kami keluar terus dari rumah. Saya ada wassap mak mertua pagi pagi cakap nak keluar. Mak kandung saya datang jemput saya dirumah. Atas izin suami saya.
Bila saya dah keluar mertua lari turun bawah terjerit jerit dekat suami yang masa tu tngah panaskn enjin kereta nak pegi keja. Mak mertua ckap kenapa dia keluar rumah pagi pagi tak mintak izin aku, nak bawak cucu aku pegi mana!!! Suami ckap dia dah wassap cakap nak keluar dengan mak dia, tengok la handfon.
Yang dia bawak tu anak dia, biarla.. Suami ckap yang dia dah izinkan. Dalam setengah jam jugak mak mertua tahan suami dari pegi keja. Suami cakap dia dah macam kena rasuk menjerit jerit tak puas hati. Mak mertua suruh jugak suami col saya supaya balik.
Suami tnya untuk apa balik? Mak mertua cakap aku nak bagi dia (kasari aku).Suami cakap snang hati nak buat anak orang,dia isteri saya tanggungjawab saya. Suami salam dn cii um dahi mak dia dan terus pegi keja. Masa tu mak dia buat drama korea la terjelopok duduk tersandar kat kereta.
Saya yang keluar ni tak tahu cerita, smpai la adik ipar col suruh balik sekarang!! dengan nada yang kasar, tak sempat tanya sebab apa terus putus. Saya col suami tanya kenapa adik dia suruh balik suami jawap jangan balik. Suami dh balik keja baru saya balik.
Malam tu jugak suami suruh kemas semua baju baju,ambil yang penting dulu.. Suami dapat rumah sewa dan kami berpindah tanpa pengetahuan keluarga mertua. Rumah mertua besar jadi dia tak perasan yang kami keluar.Bermula la episod kami dibuang keluarga.
Sampai skarang still tak berbaik. Suami saya pulak dah digelar anak derhaka. Cerita saya pulak dah macam cerita artis. Semua org dh pndang serong dengan sy. Dah cuba berbaik tapi ego keluarga mertua sangat lah tinggi.. Dan sampai sekarng jugak saya masih berubat dengan Al-Hidayah tuk buang sihir.
Setelah kami pindah baru sy tahu slama ni sy dah terkena sihir pemisah. Sampai skarang masih tidak baik. Wallahualam sape yang buat saya berdoa agar dia cepat bertaubat. Cuma saya kesiankan suami, syurga dia bwah tapak kaki ibu dia.. Jadi macam ni serba salah dibuatnye. Sebabkan mak dia terlampau ganas, sebab tu suami bawak sy pindah.
Dia takot pape jadi kalau dia pergi kerja tinggal sy berdua dengan mak dia kat rumah. Ohhh..peranan bapak mertua sy dlam cerita ni, dia umpama dinding sahaja.Tak mampu buat apa apa keputusan. Bagi dia cakap isteri dia saja yg betol. Terima kasih sudi baca yer,maaf panjang benar. Kredit cite syok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KL MENJERIT PRESS
Sumber: apampink
0 Ulasan