PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan peningkatan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam penempatan pekerjaan pada tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri M Saravanan, berkata pada tahun lalu sahaja sebanyak 161,603 individu berjaya mendapatkan pekerjaan menerusi portal pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), MYFutureJobs.
Katanya, peningkatan penempatan pekerjaan ini secara tidak langsung mampu mengurangkan kadar pengangguran serta memulihkan sektor perniagaan, sekali gus merangsang semula pertumbuhan ekonomi.
"Bagi pencari kerja dan mereka yang kehilangan pekerjaan, saya berharap anda semua tidak mudah berputus asa dan dapat merebut peluang yang ada menerusi karnival pekerjaan yang diadakan secara maya ini.
"Saya yakin majikan dapat menilai anda sebaiknya sebagai calon untuk menyertai organisasi mereka, walaupun temu duga diadakan secara dalam talian. Saya harap sesi webinar yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman dapat meningkatkan keyakinan anda dalam situasi di luar kebiasaan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival PenjanaKerjaya Kebangsaan 2021 KSM dan Pelancaran Portal MyFutureJobs, secara maya, di sini, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Mengenai karnival berkenaan, Saravanan berkata, pihaknya membariskan 78 syarikat termasuk syarikat multinasional dengan lebih 10,800 tawaran jawatan kosong.
"Bagi mereka yang berjaya mendapat kerja dan terpaksa berhijrah, di mana tempat kerja terletak 100 kilometer dan lebih dari kediaman sekarang, anda tidak perlu bimbang.
"Bantuan Mobiliti sebanyak RM1,000 akan disediakan kepada anda, manakala individu yang jarak tempat kerja kurang dari 100 kilometer, anda layak menerima Bantuan Mobiliti sebanyak RM500," katanya.
Saravanan berkata, selain sesi temu duga pihaknya turut menganjurkan pelbagai program antaranya sesi webinar yang mengupas beberapa persoalan penting berkaitan kerjaya.
"Ini termasuk tips untuk berjaya dalam kerjaya serta persediaan diri bagi menghadapi cabaran baharu pandemik COVID-19. Selain itu program ini turut membangkitkan kesedaran terhadap pembangunan dan laluan kerjaya," katanya.
BACA JUGA Video murtad: Polis ambil keterangan keluarga

0 Ulasan