Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman Persoal "Kenapa Bukan Sabahans Yang Dapat Tanah Dulu?



Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman telah hari ini mempersoal kewajaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengutamakan Semenanjung Malaysia, dalam soal pembahagian tanah di Sabah.

Kata Azis, berita bahawa jumlah keluasan tanah yang diserah amat mengejutkan.

“Kami tidak bantah pembangunan infrastruktur-infrastruktur seperti sekolah atau hospital, tapi masalahnya Kerajaan Persekutuan sudah memiliki banyak tanah di Sabah.”

“Kenapa Kerajaan Negeri Sabah perlu serah lebih banyak tanah kepada Kerajaan Persekutuan, sedangkan banyak tanah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan belum lagi dibangunkan?”

“Ramai orang kampung juga belum memiliki walau seinci tanah, tetapi mereka terus diabai oleh Kerajaan.”

Azis yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepanggar menambah, keutamaan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor jauh berbeza berbanding Ketua Menteri yang terdahulu, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.

Penyerahan geran tanah oleh Shafie kepada penduduk-penduduk kampung

“Dalam masa dua tahun pemerintahan Warisan, kami serah lebih 10,000 hektar tanah kepada penduduk-penduduk asal Sabah. Tapi apa GRS buat sekarang?”

“Pentadbiran Warisan yang terdahulu juga menggazet banyak kawasan perkampungan di Inanam, Karambunai dan Darau.”

“GRS patut mengutamakan orang Sabah.”

“Perkampungan-perkampungan yang sudah digazet oleh Warisan patut sekarang dikeluarkan geran.”

Menyentuh perkembangan di Sarawak, Azis berkata Sabah jauh berbeza dengan Sarawak.

“Jiran kita di Sarawak sedang mengusahakan pengembalian tanah yang diserah kepada Kuala Lumpur. Tapi kita di Sabah pula terbalik. Kita serah lagi serah tanah kepada KL.”

Di penghujung kenyataan beliau, Azis telah menyenaraikan FELDA sebagai contoh.

“Ada contoh nyata. Di Sabah, 200,000 ekar tanah sudah diserah kepada FELDA. Dikatakan mahu dibangunkan untyk manfaat peneroka-peneroka kecil.”

“Tapi akhirnya hanya 1,500 peneroka dapat manfaat.”

“Sepatutnya berlipat ganda jumlah penerima manfaat. Ke mana perginya janji untuk peneroka-peneroka FELDA?”

“Siapa untung dari baki 70% tanah yang tidak diserah kepada peneroka? FELDA untung. Tapi peneroka-peneroka FELDA di Sabah masih miskin dan daif.”

Post a Comment

Previous Post Next Post