TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan

Gambar Hiasan


TERBABAS, REMPUH PENCAWANG SESB - PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT

TAWAU; 24 JANUARI 2021 (Ahad) - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila motosikal di tunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri di Jalan Tanjung Batu Tengah, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, mangsa (lelaki) berumur 33-tahun berasal dari Kampung Tanjung Batu Tengah itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak ambulan.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam kenyataannya berkata, mangsa yang hanya berseorangan dari arah bandar Tawau sedang dalam perjalanan menuju ke Hill Top.
Katanya, ketika kejadian mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan jalan seterusnya terlanggar penghadang lorong pejalan kaki sebelum merempuh tembok simen pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai telah terhempas di bucu tembok simen pencawang berkenaan dan mengalami kecederaan parah.
Sementara itu, motosikal ditunggang mangsa terseret sejauh 18-meter dari mangsa telah terbaring.
Kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akat Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
#BESTAWAUfm


Catat Ulasan

0 Ulasan