Siapa tak kenal Iqram Dinzly sebagai seorang pelakon industri tanah air ni, dan pasti ada yang masih ingat tentang kejadian sebelum ini dimana Iqram Dinzly mempamerkan perangai peliknya kan? Mari kita Throwback sikit sedutan cerita pasal insan ini.
Didakwa ‘Gila’ Iqram Terangkan Cerita Sebenar
Perwatakan dan kelakuan pelik yang ditunjukkan itu secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif daripada netizen yang mana rata-rata beranggapan pelakon ini sudah tidak waras lagi.
Susulan itu, wartawan sebuah portal tempatan telah bertemu sendiri dengan pelakon ini bagi mencari jawapan berhubung tindakan ‘gila’ tersebut.
Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, keadaan ini bermula sewaktu dia mendapat inspirasi seni ketika menjaga bapanya yang terlantar sakit di hospital.
“Ketika saat itu saya terlalu bosan. Bukan jaga papa itu bosan, tidak. Keadaan itu di mana ada satu masa itu saya tidak boleh diam duduk setempat.
“Lama kelamaan bila saya beraksi seni dengan papa saya ketika jaga dia. Sebab papa tak boleh bercakap. Ketika itu saya bermain dengan banyak dengan karakter,” katanya memetik mStar Online.
Bagaimanapun pelakon ini berkata, dia sama sekali tidak merasakan apa yang dilakukan itu sebagai satu kesalahan mahupun keburukan.
“Saya rasa ia tidak memberi keburukan, tetapi ia lebih kepada positif di mana selama ini saya menjadi diri sendiri.
Dari ulasan youtubers tersebut, Iqram Dinzly sendiri percaya tentang dajal dan dia menambah ‘Footage’ dari sebuah rancangan dimana Iqram menyatakan lebih kurang seperti “kita tunggu dajal sampai suruh dia hidupkan semula…” bagi saya footage ini menunjukkan bahawa iqram bergurau ketika itu tapi wallahua’lam lah kan niat sebenarnya.
Tapi apabila youtubers ini cakap bahawa “ini semua agenda illuminati” saya sedikit tergelak kerana ayatnya ini.
Terangnya lagi, walaubagaimana pun, Iqram juga adalah seorang insan yang berguna dan banyak pahalanya. Mana taknya, tiap kali live pasang selawat, kita pula setiap kali dengar selawat dapat pahala, Iqram yang pasang selawat bagi kita dengar juga dapat pahala. Yang dengar tu pulak berpuluh ribu. MashaAllah.
Tapi mari kita tonton video dibawah ini, jangan lupa subscribe dan like jugak video brader ni. Kitajagakita!
0 Ulasan