PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT



BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2.         Untuk makluman, tempoh permohonan dan pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 adalah mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa). 

Klik Disini Untuk Memohon

3.         Sekiranya tuan/puan adalah pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus atau semakan permohonan di portal BPR 2021 tuan/puan wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, tuan/puan tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021. Permohonan yang tidak dikemaskini di portal BPR 2021 akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BSH 2020 atau BPN 2.0 dan kelayakan BPR 2021 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan. Walau bagaimanapun sekiranya tuan/puan tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah atau semakan permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, tuan/puan perlu membuat permohonan baharu BPR 2021.


4.         Sekiranya pemohon mempunyai anak yang menepati syarat kelayakan tambahan anak dan tidak dapat mengemaskini maklumat berkenaan secara atas talian, kemaskini dan serahan dokumen sokongan (sijil kelahiran / sijil anak angkat) anak yang baharu perlu dikemukakan secara manual (borang) di mana-mana cawangan LHDM berhampiran.


5.         Bagi pemohon yang telah bertukar status perkahwinan dari bujang kepada berkahwin dan sekiranya permohonan di portal BPR 2021 wujud atas nama suami DAN isteri, salah satu permohonan perlu dibatalkan terlebih dahulu dengan mengisi Borang Pembatalan (BK-05) dan dikemukakan ke cawangan LHDNM sebelum kemas kini maklumat BPR 2021 dibuat.


6.         Kaedah permohonan baharu / kemas kini BPR 2021 adalah seperti berikut:


i.                    Permohonan Secara Dalam Talian


            Permohonan BPR 2021 boleh dibuat di:


            a. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my



ii.                  Permohonan Melalui Borang (Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima)


            Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:


            a. Portal Rasmi BPR LHDNM; atau


            b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM


 


7.         Bagi permohonan secara dalam talian, pendaftaran MyBPR perlu dibuat sekiranya tuan/puan membuat permohonan baharu BPR 2021. Sekiranya tuan/puan adalah penerima BSH 2020 atau BPN 2.0 dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini (MyBSH) boleh digunakan untuk Log Masuk MyBPR.  Sekiranya akaun MyBPR tuan/puan telah disekat / lupa kata laluan, untuk set semula akaun MyBPR tuan/puan boleh:


i.          Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM; atau


ii.        Hubungi Hotline BPR LHDNM di 1-800-88-2747; atau


iii.      Hubungi Hotline BPR MoF di 03-8882 4565 / 4566.


8.         Selepas akaun MyBPR telah diset semula, tuan/puan perlu mendaftar semula MyBPR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan dengan tepat.


9.          Sebarang keterangan lanjut boleh layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my > FAQ.


 


Sekian, terima kasih.


Sekretariat BPR

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

Catat Ulasan

0 Ulasan