Mohon doakan kesembuhan saudara kita ini. Keadaan Terkini Bekas Anggota IPD SPU.

 




Mohon doakan kesembuhan saudara kita ini. Keadaan Terkini Bekas Anggota IPD SPU.

Adalah Dimaklumkan Bahawa Kpl Azmi Bin Kamarudin - D9 JSJ IPK Penang (Bekas Anggota Balai Polis Kepala Batas SPU) Merupakan Suami Kepada Kpl Noor Ifa Binti Md Sukari Sedang Tenat Akibat Mengidap Barah Rahang Mulut.

Sdr Azmi Ingin Berjumpa Dng Rakan2 Yg Pernah Bekerja Dengan Beliau.

Beliau Sekarang Berada Di Rumah Di Alamat No. 17 Lorong Shahbandar 14 Taman Bertam Perdana Kepala Batas SPU.

Pada Malam 22.01.21 Kpl Azmi Telah Di Bawa Ke HKB Kerana Sesak Nafas Tapi Doktor Menasihatkan Beliau Dibawa Pulang.

Pada 23.01.21 Jam 3.00 Pagi Keluarga Beliau Telah Membawa Beliau Pulang Ke Rumah.

Kepada Sesiapa Yg Mengenali Dan Pernah Berkerja Dgn Beliau Sudi Lah Kiranya Meluangkan Masa Untuk Melawat Beliau Dirumahnya.

Terima Kasih.
Kebajikan Ipd Spu.

*Gambar Dulu Dan Kini Dikemukakan Atas Kebenaran Isteri Beliau.

TERBARU


Beberapa hari lepas, tular di media sosial apabila seorang anggota polis wanita memuat naik gambar suaminya yang sebelum ini turut bertugas sebagai anggota polis ingin bertemu sahabat handai.

Perkongsian tersebut turut dikongsikan di laman Facebook Friends Of PDRM dimana Kpl Noor Ifa Binti Md Sukari mengalu-alukan kehadiran rakan suaminya Kpl Azmi Bin Kamarudin yang menghidap kanser rahang mulut tahap 4 untuk datang menziarahi di rumah.


Zahir rasa dukacita buat keluarga

Menerusi harian Metro,  Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor menzahirkan salah takziah buat keluarga Allahyarham dan mengakui bersyukur kerana hasrat anggota polis tersebut terlaksana sehari sebelum dia dijemput Illahi.

“Kami warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarganya termasuk isterinya, Koperal Noor Ifa Md Sukari atas pemergian suami tercinta.”
“Syukur sebelum pemergiannya kami sempat merealisasikan hasratnya untuk bertemu rakan sekerja dan berharap semua ahli keluarganya tabah dengan ujian ini.” Katanya ketika dihubungi.

Jenazah Azmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim, Permatang Langsat di sini, selepas solat Asar hari ini.

Terdahulu,  warga IPD Seberang Perai Utara telah datang ke kediaman Kpl Azmi dan allahyarham dilihat ceria walaupun tidak bermaya ketika menyambut kehadiran rakan-rakannya.

Pihak IPD Seberang Perai Utara juga menghulurkan bantuan bagi meringinkan beban keluarga.

Sumber: IPD Seberang Perai UtaraFriend Of PDRMHarian Metro (Nur Izzati Mohammad)



Catat Ulasan

0 Ulasan