"H" DI SETIAP KAD PENGENALAN RAKYAT SABAH & "K" UNTUK SARAWAK?
Seperti yang kita maklum generasi baru Sabah Sarawak selalu bangga sama kod masing-masing.
Iaitu 12 & 49 untuk Sabah, dan 13 & 52 untuk Sarawak seperti yang tertera di dalam IC.
Yang memberi makna mereka adalah anak jati Sabah/Sarawak.
Namun anda harus ingat, tidak semestinya kod 12/49/13/52 itu bermakna anda anak jati Sabah Sarawak.
Realitinya kod 12/13 tidak berapa penting. Yang penting sekali adalah kod "H" & "K".
kod '12' & '13' sebenarnya mengiktiraf bahawa Sabah adalah negeri yg ke-12 dan Sarawak negeri yg ke-13 di dalam Malaysia.
Berbalik pada info 'H' & 'K' tadi, Kod H & K terletak paling bawah di sebelah kanan ic.
Mungkin ada diantara anda tidak menyedarinya, kerana kod H/K ini kelihatan kecil.
Persoalannya adalah mudah, jika anda ada kod 12/49/13/52 tertera di dalam ic tetapi tidak mempunyai kod H atau K,
Maka anda bukanlah anak jati Sabah/Sarawak dan mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.
Kod K adalah salah satu keistimewaan orang Sarawak, sama juga dengan rakyat Sabah yang mempunyai Kod H.
Dengan Kod H/K bermakna Sabah/Sarawak adalah sebuah Wilayah atau Negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.
Untuk makluman lagi, bukan semua orang yang dilahirkan di Sabah/Sarawak diberi kod H/K.
Kod H/K hanya akan akan diberi jika seseorang lahir di Sabah/Sarawak, dengan syarat salah seorang ibu bapa adalah warga Sabah/Sarawak dan jika seseorang itu lahir d Sabah/sarawak tetapi kedua dua ibu bapa bukan orang Sabah/sarawak maka dia tidak layak untuk dapat kod H/K.
Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak mengambil endah kod H/K tersebut, tetapi harus diingat kod H & K adalah harta paling bernilai di Sabah Sarawak.
Tanpa kod K, anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial bila berada di Sarawak.
Pesanan Imegresen semalam ( Di KKIA), jika anak2 (ibubapa atau salah seorangnya adalah sabahan) dan ingin diletakkan kod H.
Lakukan semasa proses permohonan IC samaada mohon di Sabah terus atau mention untuk diletakkan H dimana2 Jabatan Pendaftaran.
Ingat semasa anak2 berumur 12 tahun semasa permohonan IC.
Kredit: mariam husna aisyah
0 Ulasan