Empat lelaki bergaduh, berparang diberkas



Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat kes pergaduhan bersenjatakan parang di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian terbabit selepas menerima panggilan pada jam 6.37 petang.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta berhubung dengan mana-mana balai polis yang berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan kejadian tersebut membabitkan sekumpulan lelaki membawa senjata parang bertindak mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.

Catat Ulasan

0 Ulasan