PGA TAWAU RAMPAS 78-KARTON ROKOK SELUDUP, TEMBAKAU DI KALABAKAN




TAWAU; 12 DISEMBER 2020 (Sabtu) - Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau merampas tiga guni berisi 78-karton rokok pelbagai jenama dan 340 bungkus tembakau dipercayai rokok seludup yang ditinggalkan di kawasan semak berdekatan loji rawatan air di Road Check Point (RCP) jalan Kalabakan - Sapulut, kira-kira pukul 6 pagi kelmarin. 

Pegawai Pemerintah Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Superintendan Mohd Yacob Murad berkata, rampasan berkenaan dibuat ketika sepasukan terdiri dari pegawai dan anggota dari Kompeni 'A' menjalankan tugas Op Benteng COVID-19 semasa membuat rondaan di kawasan tersebut telah ternampak tiga guni tersembunyi di kawasan semak dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan keatas guni berkenaan telah menjumpai rokok pelbagai jenama iaitu rokok LA (Hitam), LA (Merah), LA (Hijau), Apache, Astro (Hijau), Astro (Merah) dan Astro (Hitam) serta tembakau dengan anggaran rampasan bernilai 12-ribu 601-ringgit dan 10-sen.

Katanya lagi, kesemua rokok berkenaan dipercayai dibawa masuk secara haram untuk pasaran tempatan.

Kesemua rampasan dibawa ke balai polis Kalabakan untuk tindakan lanjut. 

#BESTAWAUfm
Sumber:INFO BES TAWAUfm

Catat Ulasan

0 Ulasan