Cuba masuk ke Sarawak, lapan PATI diusir pulang



KUCHING: Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia diusir pulang ke negara asal selepas cuba menyelinap masuk ke negeri ini semasa Op Benteng yang dijalankan sepanjang tiga hari ini. 

"Anggota berjaya mengesan dan menahan dua PATI yang berasal dari Kampung Jangkang, Indonesia sedang berusaha untuk masuk ke Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya lagi, kejadian kedua pula di Sektor Tebedu sekitar jam 11.00 malam Jumaat yang mana anggota telah berjaya mengesan dan menahan lima PATI yang cuba menyelinap untuk masuk ke Sarawak. 

"Setelah ditahan dan diperiksa, mereka berasal dari Entikong dan sama seperti kes-kes sebelum ini, mereka ingin ke Kuching untuk bekerja. Kesemua mereka diusir keluar dari Malaysia setelah laporan polis dibuat di Balai Polis Tebedu," tambahnya. 

Menurutnya, setelah diperiksa dan disoal siasat, PATI tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan turut menyatakan ingin ke Kuching mencari kerja.

"Tekanan dan desakan untuk menampung kos sara hidup yang terjejas akibat pandemik ini dan pintu sempadan antarabangsa yang masih ditutup mungkin menjadi penyebab kepada cubaan PATI masuk ke Sarawak secara haram. 

Untuk rekod, awal Disember ini sahaja telah mencatatkan lima kes penahanan yang mana seramai 15 PATI telah diusir pulang ke negara asal. 

"Tentera Darat Malaysia sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara," ujarnya - Utusan Borneo Online 

Catat Ulasan

0 Ulasan