KERATAN AKHBAR PILIHAN: ‘MEMBAWANG’ BOLEH DIHUKUM PENJARA
Kuala Lumpur, 17 Disember 2020 - Berhati-hati ketika 'membawang' kerana setiap kata-kata yang tidak enak, mengancam, mengaibkan orang lain boleh membawa seseorang itu didakwa dan dipenjara mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
‘Membawang’ atau bergosip sebenarnya jenayah dan jika berlaku di media sosial Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) boleh mengklasifikasikannya sebagai jenayah buli siber.
SKMM mempunyai Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (AKM) 1998 iaitu penyebaran kandungan lucah, palsu, mengancam, jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
Mengikut akta tersebut, seseorang itu boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memantau secara agresif semua platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter serta aplikasi WhatsApp yang rancak dengan aktiviti jenayah yang boleh diklasifikasikan sebagai buli siber.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia berikut.
1PDRM (Polis Diraja Malaysia) kini mengingatkan melalui media sosial mereka, yang mana “membawang” atau bergosip di media sosial boleh diklasifikasikan sebagai jenayah buli siber.
Ini adalah termasuk tulisan atau kommen berbentuk gosip, peras ugut, atau memalukan seseorang individu lain. Jikalau disabit kesalahan, seseorang boleh didakwa dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (AKM) 1998, iaitu penyebaran kandungan lucah, palsu, mengancam, jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.
Dibawah akta berkenaan, seseorang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya sekali jikalau disabit kesalahan.
Pada tahun ini, di Malaysia sahaja, SKMM menyaksikan sebanyak 3772 aduan diterima berhubung jenayah buli siber antara Januari sehingga Oktober lepas.
0 Ulasan