Jarang kita tengok atau dengar tasik berwarna pink. Tasik berwarna pink ini merupakan salah satu fenomena semula jadi yang ada di Australia.
Tasik Hiller yang terletak disebuah kepulauan Recherche di Australia yang berkeluasan 600 meter panjang dan 250 meter lebar dipenuhi oleh hutan hutan dan tidak ada manusia atau penempatan di situ.
Tasik ini pertama kali dijumpai oleh Matthew Flinders pada tahun 1802 yang mengambil sampel air tasik tersebut dan membuat catatan dalam buku journal beliau. Beliau menamakan tasik tersebut sebagai Hiller Lake sempena nama sahabat beliau yang meninggal dunia
Tasik Hiller menjadi terkenal dengan keunikan nya iaitu air tasik yang berwarna pink. Macam mana air tasik boleh jadi pink?
Tentu sekali kita perlu melihat komposisi kandungan air dalam tasik tersebut, organisma yang dinamakan sebagai Dunaliella salina yang menyebabkan warna air tasik tersebut bertukar menjadi warna pink.
Keindahan warna tasik ini lebih menarik jika dilihat dari udara, kalau di tepi pantai warna nya tidaklah begitu terang.
Tasik ini pernah dijadikan sebagai tempat untuk mengambil garam kerana tasik ini mempunyai kepekatan garam yang hampir sama dengan laut mati. Tahap kemasinan tasik ini ialah 10 kali ganda dari normal.
Maksudnya kalau korang berenang, tak tenggelam lah. Soalannya boleh ke mandi? Ya tasik ini selamat untuk mandi tapi airnya jangan ditelan sebab peratusan garam yang sangat tinggi yang akan menyebabkan anggota badan rosak.
0 Ulasan