Planet X Yang Baru Dijumpai



Teori planet baru selepas pluto digugurkan menjadi planet terus menjadi bualan hangat didalam komuniti Astronomi seluruh dunia.

Planet X atau planet Nine menjadi topik yang pastinya membuat orang terkedu kerana ahli astronomi sedang dan telah mendapat petunjuk baru tentang kehadiran planet misteri ini.
Dua ahli astronomi dari Caltech iaitu Konstatin Batygin dan Mike Brown membuat kajian lanjut untuk membuktikan kehadiran planet ini melalui model komputer dan pengiraan.
Pencarian planet kesembilan ini bermula secara serious pada tahun 2014 lagi, kerana mereka sudah mendapat sedikit petunjuk mengenai planet tersebut. Kecanggihan peralatan dan satelit yang ada masih tidak mampu memberikan gambaran secara jelas kerana kedudukan planet yang masih lagi samar.
Saiz planet ini dikatakan 10 kali ganda lebih besar dari bumi dan mempunyai orbit yang agak leper, 2 saintis telah mengemukakan teori mereka untuk menjejaki planet baru ini.
Mengikut perkiraan kasar ahli astronomi berdasarkan data yang ada, mereka mendapati planet ini mengambil masa yang agak lama untuk membuat 1 pusingan lengkap untuk mengelilingi matahari.
Planet ini mengambil masa 10,000 hingga 20,000 tahun, tahun ni ialah tahun korang berada dekat bumi, puncanya dari orbit yang membujur menjadikan laluanya agak panjang.
Pencarian planet baru ini melibatkan ramai ahli astronomi dan tempat cerapan diserata dunia untuk mengenal pasti objek yang menjadi petanda sesebuah planet wujud. Dengan kata lain ahli astronomi memerhatikan laluan asteriod (Kuiper Belt Object).
Paling senang nak faham, sesebuah planet yang saiz nya besar mempunyai tarikan graviti yang kuat untuk menganggu apa apa objek disekitat Kuiper Belt tersebut, kalau diperhatikan dengan teliti, terdapat semacam pergerakkan pelik tentulah sesuatu yang besar telah menganggu kawasan tersebut.

Catat Ulasan

0 Ulasan