PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT 1 | Tarikh tutup 31 november 2020

 




SKIM PERKHIDMATAN BAGI

JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT 1


Klik disini untuk memohon


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/WANITA)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1 yang dikeluarkan

melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang

berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada

tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah

(PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

[Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]; dan

ii). PMR : Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan

mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan Lulus empat mata

pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.

Contoh kelulusan seperti berikut :

MATA PELAJARAN KELULUSAN

MINIMUM

Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ‘C’

Matematik ‘D’

Sains ‘D’

Pendidikan Islam ‘D’

Bahasa Inggeris ‘D’

Sejarah ‘D’

2

iii). PT3 : Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa

Melayu (Lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan

empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.

Contoh kelulusan seperti berikut :

MATA PELAJARAN KELULUSAN

MINIMUM

Bahasa Melayu Ujian Bertulis &

Bahasa Melayu (Lisan)

‘C’

Matematik ‘E’

Sains ‘E’

Pendidikan Islam ‘E’

Bahasa Inggeris ‘E’

Sejarah ‘E’

d). Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera

seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa

bersepatu;

ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurangkurangnya 48 kg;

iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19

hingga 26;

iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86

sm (lelaki sahaja);

v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan

dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal

perubatan berdaftar (kerajaan).

3

DIKSKRIPSI TUGAS :-

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan,

Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan

Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam,

Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan

Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan

Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah,

menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan,

menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal,

mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di

darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan

rakyat dan negara;

KELAYAKAN GAJI

Jadual Gaji Gaji Minimum Gaji Maksimum

Gred YT1 : RM 1,220.00 - RM 2,748.00

Kadar Gaji Tahunan : 85.00

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun dan kemudahan Jumlah

Elaun Tetap Perumahan : RM 350

Elaun Cola : RM100 - RM 350

Elaun Khidmat Awam : RM 95

Elaun Khas PDRM : RM 200

Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690

Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan

sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima


Catat Ulasan

0 Ulasan