VIDEO: Gadis Terjun Sungai, Nasip Baik Abang Bomba Ada


Mujur abang bomba ada

Link Video: Disini

Kota Kinabalu: Tertekan dengan masalah keluarga dipercayai penyebab seorang gadis berusia 15 tahun terjun dari besi saluran paip dekat Jambatan Sungai Sembulan, di sini, tengah hari tadi.


Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, gadis terbabit yang tinggal di Kampung Sembulan Lama dikatakan terjun dari besi saluran paip berkenaan.


Orang awam yang menyedari kejadian menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sembulan tiba untuk operasi menyelamat.


Anggota bomba cuba memujuk mangsa namun selepas hampir lima minit usaha itu gagal sebelum gadis terbabit terjun ke sungai.


Bagaimanapun pasukan bomba yang sudah bersedia di sungai berkenaan berjaya menyelamatkan gadis terbabit daripada lemas.


TERIMA PADAH LAH LEPAS NI.PASTI AKAN DI AMBIL TINDAKAN

Catat Ulasan

0 Ulasan