Isharefans Scamer?

Salam semua..sekadar peringatan..ini peringatan je. Baca link dibawah sampai habis baru faham nanti. Boleh rujuk di youtube bagaimana kebanyakan rakyat indonesia ditipu dengan skim collect cash like n subscribe. Permulaan dibayar.. Bila dah ramai join pakej tiba2 lesap. Yang naya level2 bawah. sekarang tgh viral skim ponzi yg telah memperdaya puluhan ribu rakyat Malaysia. Mereka dikenali dengan isharefan, likeshare dan ezjob99. 

Mereka muncul sekitar bulan oktober dan kekal aktif sampai sekarang.Pakej yg mereka tawarkan dengan hanya melakukan tugasan like & share dan jika membeli pakej pada tawaran yg tinggi,pulangan yg tinggi akan diberikan

Mereka berlindung di bawah aplikasi yg di muat turun secara manual dan boleh juga di akses melalui web

Operasi ini telah bermula di Indonesia dan kini mereka beralih ke Malaysia setelah Syarikat Sekuriti Indonesia telah menutup operasi mereka. Kini ramai yg sedang menjadi mangsa penipuan pelaburan ini di Malaysia. Saya sertakan link dan bukti bagaimana mereka menjalankan operasi



*Baca link tu sampai habis. Baru faham nanti. Anytime boleh kena tutup web tu. Kang baru je upgrate tiba2 web ghaib sbb xsah ikut undang2 negara, putih mata nanti mcm geng2 negara seberang. Yang layan x upgrate tu.. Xperlu melantun. Collect la selagi mampu. Kalau duit xleh keluarkan nanti xralat sgt kan. Cuma penat je.* yang melantun upline yg cari downline je.. Memang la awal2 dibayar. Sama juga tok belagak, kopi pak belalang, highway group. Awal2 pun bayar juga. Sekarang apa jadi..? Ini peringatan je.. 

Korang boleh menggunakan maklumat di dalam web tersebut utk mengesan kedudukan mereka sebelum ramai lagi menjadi mangsa

Ramai orang Melayu kita sedang di tipu oleh skim ni dan mereka ada page fb facebook yg mana majoriti ialah orang Melayu kita yg sedang dipermainkan oleh skim ni.Keahlian dalam facebook ini hanya 5 ribu orang pada 11 oktober dan kini dah cecah hampir 55 ribu dalam masa sebulan.Dan saya ulangi majoriti adalah Melayu yang tak sedar mereka sedang di tipu


Saya harap dengan post saya ni di shah alam residen dapat membuka mata pihak berkuasa atau sesiapa sahaja yg mempunyai kuasa utk menyalurkan terus maklumat ini sebelum ramai lagi mangsa di tipu dan sebelum syarikat ini menghilangkan diri

[C&P]

Catat Ulasan

0 Ulasan