Gambar Syed Saddiq bersama Dato’ Sri Najib telah timbul di media sosial





Gambar Syed Saddiq bersama Dato’ Sri Najib telah timbul di media sosial dan menimbulkan beberapa perbincangan.


Antara spekulasi yang bangkit adalah ini berkemungkinan gambar yang terkini, memandangkan pematuhan SOP memakai pelitup muka. 


Penjarakkan turut kelihatan terjaga, melainkan kedudukan tubuh Syed Saddiq yang dilihat lebih condong ke arah Dato’ Najib. Mereka dilihat tidak memakai kasut dan berkemungkinan berada di kediaman Dato’ Sri Najib. 


Ini memungkinkan gambar ini merupakan lanjutan pertemuan yang berhubung kait dengan undian Belanjawan 2021 yang bakal diadakan esok. 


Sebelum ini, Syed Saddiq yang baru tamat pembelajaran sarjana muda kurang setahun telah menjadi wakil rakyat dan menteri termuda dalam sejarah Malaysia. Jawatan turut disandang melalui sebahagian usaha menjatuhkan Dato’ Sri Najib pada PRU14. 


Syed Saddiq sebelum ini telah menarik diri daripada bayangan Pejuang dan membuka parti pelbagai bangsa yang dipanggil MUDA. Dengan berwakilkan satu kerusi dari parti baru ini, pendirian Syed Saddiq terhadap Belanjawan 2021 masih samar. 


Sebelum ini, Dato’ Sri Najib lantang menolak Belanjawan 2021 walaupun masih berada dalam kerajaan sekarang. 


Ada yang mengatakan yang sokongan Dato’ Najib berkemungkinan sudah beralih kepada mengangkat Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Tindakan ini dilihat akibat ketidak sepakatan antara Dato’ Najib dan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin. 


Kedua2 wakil rakyat bakal turut serta dalam penggulungan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan di Parlimen esok, suatu yang berkemungkinan menjurus kepada undi tidak percaya kepada kerajaan pemerintah. 


Follow OK media untuk info terkini perkembangan semasa. 


#RakyatJagaRakyat #mediaorangkita

Catat Ulasan

0 Ulasan