Bungker Nuklear bawah tanah.




Dalam post yang lepas ada tulis pasal kubu dibawah White House tapi macam mana bila seorang presiden berjaya dibawa keluar dan ke mana dia bersembunyi jika berlakunya ledakan bom nuklear?

Kawasan negara Amerika yang luas dan besar serta terdapat gunung ganang menjadikan antara tempat sesuai untuk dijadikan kubu bawah tanah. Berikut beberapa senarai antara kubu bawah tanah yang ada di negara Amerika.
1. Greenbrier Resort.
Sebuah pusat peranginan yang dikenali dengan nama greenbrier dijadikan sebagai kubu dibawah tanah. Melalui projek rahsia yang namanya Greek Island ini merupakan perjanjian rahsia antara pihak resort dan kerajaan Amerika sekitar tahun 1950an.
Keluasan Resort ni boleh memuatkan 2 auditorium yang boleh dimasuki 470 dan 130 orang, iaitu 700 orang pada 2 tempat dalam satu masa. Walaupun bersaiz besar hampir 30 tahun untuk orang awam mengetahui lokasi rahsia tersebut.
Tempat ni mempunyai bilik tidur, kelengkapan medik, sistem penapisan udara yang canggih untuk menapis serangan kimia serta pusat penyiaran. Pintu kubu ni setebal 1 meter dan dijaga oleh pihak keselamatan yang menyamar sebagai petugas penyiaran di resort tersebut.
Namun projek rahsia ini didedahkan oleh para wartawan dan sejak dari itu kerajaan mengakui adanya kubu tersebut. Akibat terbongkarnya rahsia besar kubu tersebut dibuat sebagai tempat lawatan.
2. Kompleks Gunung Raven Rock
Terletak di gunung Raven Rock Pennsylvania, kubu ni merupakan sebuah kubu yang dijaga oleh pasukan tentera Amerika. Mendapat jolokan nama Pentagon bawah tanah disebabkan mempunyai rangkaian sambungan telekomunikasi yang berpusat disini untuk askar Amerika sekiranya terjadi apa apa serangan.
Tempat ini dibina semasa perang dingin sebagai tempat perlindungan kecemasan dan sejak dari itu tempat ni terus digunakan oleh pasukan tentera, kiranya pentagon akan dialihkan ke kawasan ni jika berlaku serangan.
3. Kompleks Gunung Cheyenne
Terletak di Colorado Springs, tempat ni merupakan antara yang terkenal dengan kubu dibawah tanah dan juga pangkalan tentera. Selain itu, tempat ni bekas North America Aerospace Defense Center atau NORAD.
Sebuah kompleks yang dibuat sedalam 760 meter dibawah gunung ini mempunyai beberapa bangunan yang dikawal oleh pintu besi yang seberat 25 tan.
Dibina untuk mengukuhkan lagi perlindungan semasa perang dingin, fasiliti ini diperkuatkan dan berkemampuan untuk menahan pelbagai jenis bom serta mempunyai janakuasa, sistem bekalan air, sistem oksigen yang memerlukan pemantauan khusus bagi memastikan kesemua peralatan dapat digunakan semasa bencana nuklear.
4. Deep Underground Command Center
Bertempat disekitar bangunan pentagon, tempat ini dibina khas untuk tujuan ketenteraan pada tahun 1960an. Terletak 1.2 kilometer dibawah tanah dan pusat ini juga dikatakan mampu menahan bom atom yang sekuat 300 megatan tanpa menggugat fasiliti bawah tanah tersebut.
Kubu bawah tanah ni dikatakan dicadangkan oleh presiden J.F Keneddy sebelum dia kena tembak, tempat yang mampu memuatkan seramai 300 orang.
5. Pusat kecemasan operasi gunung Weather.
Tempat ini terbongkar apabila berlakunya nahas kapal terbang pada Disember 1974. Dari situ kerajaan Amerika mengakui terdapat kubu dibawah tanah yang terletak dikawasan tersebut.
Tempat ini dimana sebahagian besar ahli politik Amerika dibawa dengan helikopter untuk berlindung semasa serangan 11 September 2001. Tidak banyak maklumat yang diperolehi disebabkan tempat ni masih lagi beroperasi.

Catat Ulasan

0 Ulasan