KOTA KINABALU: Seramai 75 mangsa banjir Sabah masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.
Jumlah berkenaan adalah membabitkan 25 keluarga yang kini berada di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort setakat jam 8 pagi, tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), berkata bilangan mangsa itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 78 mangsa banjir daripada 26 keluarga petang semalam.
"Hanya satu PPS di daerah Beaufort sahaja yang masih dibuka setakat pagi ini manakala dua PPS di Sipitang dan Penampang sudah rasmi ditutup sepenuhnya semalam.
Anda Mungkin Berminat :
"Walaupun jumlah mangsa banjir berkurang sejak semalam namun kita tetap dalam situasi bersiap siaga berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu ketika ini," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Dalam pada itu, Jurucakap APM Sabah, menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai diminta berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Sumber : Bharian
0 Ulasan