#VIRALEmpat bulan bercinta, gadis terharu pakwe janji suap makanan sampai tua

 




Dalam menjalin hubungan cinta, semua perkara yang dilakukan oleh pasangan menjadi indah sehingga kadang-kala boleh pula tersenyum seorang diri.

Apatah lagi ketika dating, si lelaki terutamanya ‘bertukar watak’ gentleman yang sedaya upaya memenuhi kehendak dan melayan teman wanita dengan penuh kasih sayang.

Bagi seorang gadis Sofianorhanie Sabari, dia pasti berasa bertuah apabila memiliki kekasih hati yang gemar menyuapkannya makanan setiap kali mereka bertemu.

Momen sweet berkenaan dikongsi gadis berusia 23 tahun itu menerusi sebuah video di platform TikTok sehingga mengundang perhatian ramai.

Layan seperti seorang baby

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, dia yang mesra dipanggil Phia menulis pada kapsyen, teman lelakinya Haris pernah berkata akan terus melakukan perkara tersebut hingga ke hari tua.



“When he said: Sampai tua pun I akan suap you makan,” tulis Sofianorhanie.

Difahamkan, pada Mac lalu, genap sebulan mereka menjalin hubungan cinta selepas mula berkenalan melalui hantaran mesej di laman Instagram dan bertukar nombor telefon.

“Has been a month knowing you. Thank you”

Catat Ulasan

0 Ulasan