SUAMI SELAMBA VIDEO CALL ISTERI KETIKA BUAT ONAR DENGAN WANITA LAIN DI BILIK HOTEL

 



Perkahwinan bukanlah satu urusan kehidupan yang mudah. Ia merupakan perhubungan seumur hidup antara 2 insan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa kerjasama dan usaha dari kedua-dua pihak, amat mudah untuk salah seorang pasangan curang dalam perkahwinan.

Tindakan seorang lelaki dipercayai berstatus suami yang menunjukkan dia sedang curang menerusi aplikasi TikTok mengundang kemarahan warganet baru-baru ini, lapor portal Suara.com.

Menerusi rakaman video tersebut, seorang lelaki yang berbaring di atas katil kelihatan berbual dengan isterinya melalui panggilan video.

“Papa masih tidur? Sudah solat Subuh ke belum,” tanya isterinya.

Dia kemudian menghalakan kameranya ke sudut lain di biliknya yang memaparkan seorang wanita sedang berdiri di hadapan cermin dengan berpakaian gaun tidur.

“Sudah Ma. Papa sudah solat Subuh,” jawab lelaki tersebut sebelum isterinya didengari mendoakan kesejahteraannya.

VIDEO PENUH



Bahkan, ia juga mendapat komen daripada ramai pengguna laman Twi.tt3r, yang rata-ratanya mar4h dengan lelaki berkenaan.

“Ada yang bangga ya menyebarkan aib sendiri?” kata seorang pengguna Tw.itt3r yang memuat naik video tersebut, @txtdarigajelas.

Sumber : Kosmo!, Twitter @txtdarigajelas

Melalui kajian, dapat kita memahami sifat perkahwinan secara amnya. Jika kita merasakan usia perkahwinan kita berada dalam fasa untuk mudah berlakunya masalah kecurangan, maka kita perlu sentiasa mengingatkan diri dan pasangan tentang hal ini.

Pada fasa yang “rapuh” ini, kita perlu berusaha keras untuk memastikan kesejahteraan rumah tangga.Cepat beralah, selalu bertolak ansur, segera memohon maaf, berlemah-lembut dan banyakkan berdoa – mungkin ini adalah perkara yang boleh kita lakukan bersama-sama dengan pasangan.

Post a Comment

Previous Post Next Post