SELEPAS TAUKE JAMBU TAK TERLIBAT, NETIZEN BERALIH KE SHAHROL SHIRO DAN INI RESPOND SHAHROL
by -
Admin
on -
Ogos 05, 2021
Pelawak Shahrol Shiro menafikan dirinya sebagai individu yang direman kes peme.rdagangan manusia seperti dilaporkan media semalam.Menurut Shahrol, dia men.erima pertanyaan termasuk daripada sahabatnya sendiri tentang perkara itu.Katanya, dia telah menjelaskan perkara sebenar bahawa dirinya bukan individu yang dimaksudkan.
“Beberapa sahabat bertanya adakah itu saya, dan saya telah menjelaskan itu bukan saya,” kongsinya di Instagram.
Tambah Shahrol, dia juga sudah memaafkan segelintir pihak yang membuat tuduhan tanpa usul periksa.
“Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen terus men.uduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di Padang Mahsyar mencari saya dan fokus pada do.sa dosa lain kerana saya dah memaafkan anda.Sekian terima kasih kerana mengambil berat tentang saya,” coretnya lagi.
Terdahulu media melaporkan seorang pel.awak terkenal ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemer.dagangan manusia.
Pelawak lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pin.tas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.
Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi s3.ks.
Menerusi laporan Gempak malam tadi, pelawak Tauke juga meluahkan rasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan kes tersebut.
Kredit:GEMPAK
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
0 Ulasan